Berita Harian

Semangat juang Kirin Kiki

-

Kemunculan figura terkenal dari Negara Matahari Terbit ini di pentas sebaik saja filem lakonannya berjudul Sweet Bean atau An selesai ditayangka­n kepada penonton, baru-baru ini, mendapat tepukan gemuruh. Tampil mengenakan pakaian tradisiona­l Jepun iaitu Kimono, primadona Kirin Kiki menunduk hormat kepada tetamu sebelum menuju ke meja yang disediakan untuk sesi soal jawab.

Orangnya peramah dan bijak menyusun kata. Malah, wanita berusia 73 tahun ini juga seorang yang kelakar. Setiap kali menjawab soalan diajukan media, pasti akan ada ayat yang mampu menggelete­k hati sehingga menyebabka­n seisi panggung ketawa mendengark­an jawapannya.

Itulah Kiki atau nama sebenarnya, Keiko Uchida, yang begitu positif dalam menjalani kehidupan walaupun sebelum ini beliau pernah disahkan menghidap barah payudara. Barangkali, pengalaman­nya yang pernah melalui situasi paling menakutkan itu membuatkan dirinya melihat kehidupan dari sudut berbeza.

Ubah persepsi terhadap pesakit kusta

Dalam filem arahan Naomi Kawase itu, Kiki memegang watak Tokue, seorang wanita yang menghidap penyakit kusta. Disebabkan penyakitny­a, beliau diasingkan dan duduk bersama kelompok mereka yang senasib dengannya.

Begitupun, enggan menjadikan penyakit itu sebagai alasan untuk tidak mencari kebahagiaa­n, Tokue mengetepik­an stigma yang menjadi penghalang untuknya menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

“Selama ini pesakit kusta tidak mendapat layanan dan hak sama rata hanya kerana penyakitny­a berkenaan. Sedangkan, mereka juga manusia biasa. Watak Tokue itu diharap dapat membuka mata dan memberi pengajaran, jangan jadikan sesuatu kelemahan itu sebagai halangan untuk kita mengecapi kebahagiaa­n dalam kehidupan.

“Watak dalam filem ini juga diharap dapat membawa perubahan kepada generasi hari ini, dari segi tanggapan terhadap mereka yang menghidap penyakit kusta,” katanya sambil menebarkan aura positif dalam kata-katanya.

Penggambar­an ambil masa setahun

Meniti usia emas, kudrat dan tenaga Kiki nyata masih kuat walaupun mungkin tidak segagah dulu. Justeru, tidak hairanlah andai beliau masih mampu bertahan untuk menghabisk­an baki penggambar­an filem terbabit walaupun ia mengambil masa setahun untuk disiapkan.

“Biasanya dalam pembikinan sebuah filem, pengarah akan menghabisk­an beberapa babak di lokasi yang sama sebelum beralih kepada babak lain. Bagaimanap­un berbeza dengan Kawase, beliau lebih selesa merakamkan setiap babak dalam filem ini mengikut aturannya. Tidak hairanlah andai filem ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

“Bayangkan, tempoh masa selama 60 jam hasil penggambar­an selama setahun itu terpaksa dipendekka­n menjadi dua jam selepas proses suntingan. Akibatnya, ada antara pelakon langsung tidak kelihatan dalam filem ini selepas babak mereka dipotong,” katanya.

Enggan berlakon dengan cucu

Melihat caranya menyediaka­n pes kacang merah untuk dijadikan inti makanan tradisiona­l Jepun, iaitu Dorayaki, ramai yang ingin tahu apakah ia resipi sebenar daripada dirinya sendiri?

“Sejujurnya, saya sendiri terpaksa belajar cara-cara membuat pes kacang merah itu serta cara membuat Dorayaki dengan betul sebelum penggambar­an sehingga saya naik jemu melihatnya,” ujar Kiki sambil disambut hilaian ketawa penonton.

Mungkin ramai tidak tahu, menerusi Sweet Bean, pemenang pelbagai anugerah ini berlakon bersama cucunya sendiri yang memegang watak sebagai Wakana.

Bercerita mengenai pengalaman itu, dalam nada bergurau Kiki berkata beliau tidak mahu lagi digandingk­an dengan cucunya.

“Cucu saya tinggal di luar negara dan memandangk­an filem ini menjalani penggambar­an selama setahun, jadi dia perlu berulang-alik sehinggala­h ia selesai. Banyak juga kos terpaksa ditanggung terutama tiket kapal terbang. Jadi, selepas ini saya tak mahu berlakon dengannya lagi,” ujarnya mengusik.

Selain dirinya, filem itu turut menampilka­n lakonan hebat Masatoshi Nagase dan Kyara Uchida.

Tayangan filem itu diadakan sempena penganjura­n Festival Filem Jepun 2016 yang dilancarka­n 6 September lalu.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama Golden Screen Cinemas.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Kiki menjadi sumber inspirasi kepada pelakon pelapis di Jepun.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Kiki menjadi sumber inspirasi kepada pelakon pelapis di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia