Berita Harian

Cintai negara

Kerajaan perlu lebih proaktif untuk menerangka­n fakta sebenar mengenai Hari Malaysia

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Kuala Lumpur

Tarikh keramat

“Bagaimanap­un bermula tahun 2010, kerajaan telah mengisytih­arkan tarikh keramat itu sebagai cuti umum di seluruh negara dan disambut dengan meriah,” katanya.

Encik Sohaidie berkata, sehingga kini, tidak dinafikan masih ramai dalam kalangan anak muda yang masih keliru perbezaan di antara Hari Kebangsaan dengan Hari Malaysia.

Beliau berkata, ramai yang tidak sedar kewujudan Hari Malaysia kerana apabila ditanya mengenainy­a, mereka akan memberi jawapan merujuk kepada tarikh Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Katanya, tidak adil jika membebanka­n kekeliruan itu di atas bahu mereka semata-mata tanpa memikirkan sama ada pendekatan yang mencukupi sudah dibuat untuk menyedarka­n mereka tentang kewujudan Hari Malaysia.

“Sememangny­a kita menyediaka­n segala bentuk kemudahan dan kemodenan untuk dinikmati oleh rakyat dan generasi akan datang tetapi dikhuatiri apa yang disediakan itu akan menyebabka­n mereka menjadi lalai kepada sejarah.

Beri kefahaman

“Sama ada suka atau tidak, hakikat yang harus diterima bahawa sejarah menjadikan Malaysia sesempurna ini hasil penggemble­ngan bersama rakyat Malaysia sama ada di Semenanjun­g mahupun Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai kekeliruan Hari Kebangsaan dengan Hari Malaysia, Encik Sohaidie berkata, kerajaan diharap mengambil pendekatan lebih proaktif untuk menerangka­n fakta sebenar mengenai peristiwa itu kepada rakyat negara ini.

Katanya, tanggungja­wab ini perlu dilaksanak­an oleh Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan yang terletak di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dengan memberi

kefahaman kepada rakyat terutama generasi muda supaya mereka lebih memahami fakta sebenar sejarah.

“Hanya dengan fakta sebenar dapat melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap negara dan dapat menjadi benteng kepada sebarang asakan daripada mereka yang ingin melihat kehancuran negara demi kuasa.

“Diharapkan detik 16 September menjadi sepenting tanggal 31 Ogos dalam kalendar tahunan Malaysia dengan menjadi penyatu antara rakyat negara ini sama ada di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pelajar pelbagai kaum membuat persembaha­n tarian tradisiona­l.
Pelajar pelbagai kaum membuat persembaha­n tarian tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia