Berita Harian

RZSWDC suntik kesedaran pelajar

Perlu hasilkan cadangan bagi wujudkan suasana seimbang dan mapan di antara hutan bakau dan pembanguna­n

- Oleh Sarah Aina Shawal

Kuala Lumpur dan keseimbang­an ekosistem termasuk hutan bakau.

RZSWDC 2016 dijayakan melalui kolaborasi strategik Johor Corporatio­n (Jcorp), Kulim (Malaysia) Bhd dan Johor Land Bhd.

Program ini turut mendapat sokongan penuh dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Perbadanan Taman Negara Johor, Jabatan Perlindung­an Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS).

24 buah sekolah

Selaras dengan penumpuan terhadap konflik antara bakau dengan pembanguna­n manusia, RZSWDC kali ini membawakan tema Manusia dan Paya Bakau: Ke Arah Kehidupan Simbiosis.

Melalui program ini, peserta akan bersaing selama kira-kira lapan bulan dalam tiga peringkat cabaran yang akan membantu mereka meningkatk­an kesedaran diri, rakan-rakan dan komuniti terhadap peranan hutan bakau dan kepentinga­n melindungi ekosistem berkenaan.

Seramai 144 orang pelajar serta 48 orang guru dari 24 buah sekolah rendah dan menengah menyertai RZSWDC 2016 dan pemilihan dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor berdasarka­n kriteria jabatan berkenaan.

Antara cabaran utama dan kritikal bagi program ini ialah peserta perlu menghasilk­an idea dan cadangan penyelesai­an yang kreatif serta praktikal bagi mewujudkan suasana seimbang dan mapan antara hutan bakau dengan pembanguna­n oleh manusia.

Jalankan aktiviti

Peserta juga dibawa melawat Taman Negara Tanjung Piai, Johor bagi melihat dengan lebih dekat ekosistem hutan bakau yang unik selain memberi pendedahan lebih terperinci kepada pelajar.

Selain itu, mereka juga perlu melaksanak­an beberapa aktiviti menarik seperti menganjurk­an minggu kesedaran hutan bakau di sekolah masing-masing, pertanding­an fotografi, video dan program sumbangan anak pokok bakau.

Minggu hadapan, ruangan ini akan membawa pembaca mengikuti aktiviti RZSWDC 2016 yang dijalankan di sekolah-sekolah terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia