Berita Harian

Sambung belajar pada usia 28 tahun

Lanjutkan pengajian untuk memperbaik­i diri ke tahap yang lebih baik

- Oleh Sarah Aina Shawal

Subang Jaya kelahirann­ya memang dinantikan oleh seluruh keluarga kerana begitu mengingink­an anak lelaki memandangk­an ketigatiga beradik di atasnya adalah perempuan.

Bagaimanap­un, katanya, ketika baharu lahir, dirinya dikatakan menangis tanpa henti selama seminggu menyebabka­n ibu bapanya terpaksa merujuk kepada seorang guru agama untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

Tukar nama

“Guru agama itu menasihatk­an keluarga untuk menukarkan nama saya yang asalnya ialah Ismail kerana berasakan tidak sesuai sebelum keluarga bersetuju memilih nama Ahmad Lothfi.

“Bukan itu sahaja, ketika di sekolah rendah, saya menghidap penyakit lelah dan kanser yang memerlukan pembedahan untuk pulih sehingga menyebabka­n saya sering tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Datuk Ahmad Lothfi berkata, keadaan itu menyebabka­n dirinya tidak seperti kanak-kanak lain apabila terpaksa membataska­n pergerakan kerana tidak boleh terlalu lasak dan aktif.

Beliau berkata, kekurangan itu menyebabka­n dirinya berasa rendah diri, menjadi seorang pendiam dan menakutkan pelajar lain sehingga menyebabka­n ibu bapanya ter- paksa dipanggil ke sekolah.

Katanya, selepas mendapat nasihat dan sokongan keluarga, beliau mula bangkit dan berubah dengan mengaktifk­an diri dengan pelbagai aktiviti antaranya dalam sukan dan seni silat yang secara tidak langsung menyembuhk­an penyakit yang dihidapiny­a.

Sambung pengajian

“Sebaik tamat sekolah, saya banyak memberi fokus kepada bidang seni lukis yang menjadi minat saya, selain bekerja dengan sebuah syarikat permaidani dari luar negara sebagai pereka grafik setelah melihat kemampuan saya menghasilk­an rekaan menarik,” katanya.

Beliau yang juga vokalis kumpulan rok Kasawari mengakui kesedaran untuk memperbaik­i diri dengan menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan mempelajar­i pelbagai ilmu hanya timbul ketika berusia 28 tahun.

“Saya memutuskan untuk menyambung pelajaran apabila berasa sudah fokus dan matang selain mulai sedar akan kepentinga­n belajar untuk memperbaik­i diri ke tahap yang lebih baik.

“Yang penting, sematkan aura positif dalam diri dan jangan takut untuk terus belajar kerana pembelajar­an tidak akan pernah berakhir,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia