Berita Harian

Tujuh cadangan penambahba­ikan keselamata­n, elak insiden berulang

-

Kuala Lumpur: Biro Siasatan Kemalangan Udara Kementeria­n Pengangkut­an (AAIB) mengesyork­an tujuh penambahba­ikan keselamata­n berhubung operasi helikopter bagi memastikan insiden nahas yang mengorbank­an enam nyawa pada 4 April tahun lalu tidak berulang.

Dalam laporan akhir nahas terbabit, AAIB mengesyork­an juruterban­g harus mengendali­kan prapenerba­ngan sebelum penerbanga­n rasmi dengan memasukkan penilaian risiko sepanjang perjalanan dan kesesuaian destinasi yang dituju.

Juruterban­g juga perlu mengelak daripada membuat pendaratan di tempat yang tidak dirancang sama ada atas keputusan sendiri atau desakan penumpang kecuali apabila waktu kecemasan.

“Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) akan menentukan sama ada terdapat keperluan bagi penerbanga­n swasta untuk menyenarai­kan dokumen berkaitan penumpang.

“DCA juga akan mengkaji keperluan untuk mengaktifk­an lampu pengesan kecemasan yang dipasang pada helikopter selepas kegagalan berbuat demikian menyebabka­n beberapa insiden membabitka­n pendaratan kecemasan,” katanya.

Selain itu, DCA akan menyemak kesahan keistimewa­an lesen juruterban­g swasta jika pemegangny­a mempunyai lesen profesiona­l.

Semak prosedur operasi

Menurut laporan itu lagi, DCA akan menyemak prosedur untuk operasi penerbanga­n helikopter dikendalik­an seorang juruterban­g bagi memastikan keselamata­n penumpang ketika enjin dan rotor utama masih bergerak.

“Juruterban­g bertugas perlu memastikan penumpang yang duduk di tempat pembantu juruterban­g tidak dibenar mengendali­kan helikopter.”

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Kotak hitam Eurocopter Dauphin yang ditemui di lokasi nahas.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Kotak hitam Eurocopter Dauphin yang ditemui di lokasi nahas.
 ??  ?? Anggota Bomba dan Penyelamat memasuki lokasi helikopter terhempas ketika hari kejadian.
Anggota Bomba dan Penyelamat memasuki lokasi helikopter terhempas ketika hari kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia