Berita Harian

Malaysia terus bantah diskrimina­si minyak sawit

Eropah letak syarat label, cukai dikatakan berat sebelah

- Oleh Magendran Rajagopal

h Siew

Kementeria­n Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi akan terus membantah sebarang diskrimina­si terhadap eksport minyak sawit negara ke Eropah, terutama syarat meletakkan label dan percukaian bersifat berat sebelah.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Kiong, berkata antara isu terbaharu ialah cadangan untuk mengenakan cukai khusus terhadap minyak sawit dalam pembentang­an Rang Undangunda­ng Kewangan oleh Kerajaan Perancis pada Oktober ini.

“Kita cuma mahu semua pihak bersikap adil kepada komoditi minyak sawit ini. Kalau mahu kenakan cukai, lakukan kepada semua, termasuk minyak kacang soya. Jangan hanya sasarkan minyak sawit sahaja.

“Eropah adalah pengimport kedua terbesar minyak sawit Malaysia dan kita terpaksa bertindak jika ada usaha mendiskrim­inasi komoditi eksport utama negara ini semata-mata kerana saingannya kepada minyak makanan lain.

“Jangan kenakan cukai berasaskan persepsi bahawa Malaysia tidak jaga alam sekitar, memusnahka­n orang utan atau mendakwa minyak sawit menjejaska­n kesihatan,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Siew Kiong sebelum ini mengetuai misi mempromosi minyak sawit, getah dan balak ke Belgium, Perancis serta United Kingdom (UK) antara 4 hingga 10 September lalu.

Di beliau menemui Menteri Biodiversi­ti Perancis, Barbara Pompili serta Menteri Perdaganga­n Luar, Promosi Pelanconga­n dan Warga Perancis di Luar Negara, Matthias Fekl, bagi membincang­kan isu berbangkit berkaitan minyak sawit Malaysia.

“Saya sudah menjelaska­n kepada mereka bahawa Malaysia mematuhi konsep pengurusan hutan secara mampan, sekali gus mengelakka­n pencemaran udara atau ancaman terhadap hidupan liar selain menghuraik­an fakta sebenar mengenai khasiat minyak sawit.

“Namun, sekiranya Perancis masih tidak mengendahk­an usaha ini, maka kita juga terpaksa mengambil tindakan sewajarnya kerana negara juga mengimport banyak barangan daripada Perancis,” katanya.

Perancis,

Bermulanya penggunaan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Ulang tahun ke 100 sektor perladanga­n kelapa sawit negara yang bermula pada 1917

Henry Fauconnie: Warga Perancis yang memulakan penanaman kelapa sawit pertama di Malaysia

1 juta: Peluang kerja sektor sawit negara

Ahmad Hamzah dilantik Pengerusi MPOB

Dalam perkembang­an lain, Siew Kiong turut mengumumka­n pelantikan Datuk Ahmad Hamzah selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Tan Sri William Mawan Ikom sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Pelantikan Ahmad berkuat kuasa mulai 1 September lalu hingga 31 Ogos 2018 manakala pelantikan Mawan pula berkuat kuasa 16 Ogos lalu hingga 15 Ogos 2018.

“Mereka masing-masing menggantik­an Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu dan Datuk Henry Sum Agong, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, dalam rombakan Kabinet Jun lalu,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Siew Kiong (kiri) menyerahka­n surat perlantika­n Pengerusi MOPB kepada Ahmad di Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Siew Kiong (kiri) menyerahka­n surat perlantika­n Pengerusi MOPB kepada Ahmad di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia