Berita Harian

Pelajar Politeknik Merlimau cipta pembekal tenaga eko

PES dicas guna elektrik atau solar manfaat nelayan di laut

- Oleh Fairuz Zaidan

Portable Eco Supply (PES), alat bekalan kuasa mudah alih ciptaan sekumpulan pelajar Politeknik Merlimau di sini memberi manfaat kepada nelayan di sekitar sini.

Set pembekal elektrik mesra alam itu berfungsi secara mengecas dengan elektrik atau menggunaka­n tenaga solar.

Ketua penyelidik, Dr Kamarudin Md Tahir, berkata penggunaan PES oleh sekumpulan 60 nelayan di Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam, di sini adalah permulaan kepada fasa komersial alat itu yang dijangka dapat dilakukan 12 bulan dari sekarang.

Kumpulan penuntut penyelidik itu diketuai oleh Noor Ropidah Bujal.

Kamaruddin berkata, model mesra pengguna seberat kira-kira tiga kilogram itu adalah alternatif bekalan kuasa mudah alih yang membekalka­n kuasa bagi kegunaan peralatan elektrik seperti lampu, kipas serta mempunyai sambungan USB bagi mengecas telefon bimbit.

Beri manfaat kepada nelayan

Beliau berkata selepas fasa percubaan, nyata PES mampu dikomersia­lkan dan amat berguna kepada nelayan ketika berada di laut.

Projek PES baru mendapat geran Dana Inovasi Komuniti (CIF) Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM102,000 untuk fasa komersialn­ya.

Kamarudin berkata, projek yang dibantu oleh lapan penyelidik, termasuk dua bekas penuntut tahun akhir Jabatan Kejurutera­an Elektrik, Muhammad Zulhilmi Jalal dan Harith Huzaifah Jasni itu akan dibawa ke fasa komersial selepas melalui tempoh empat bulan bagi tujuan penyediaan platform lakaran, perbincang­an dan penyediaan prototaip.

“Sebaik dibawa ke fasa komersial, PES harus mengambil kira dari segi reka bentuk serta kos yang lebih cekap, selain fungsi yang praktikal untuk kegunaan nelayan pesisir pantai, serta pengusaha kelong di Pantai Siring.

“Malah, bagi fasa pengkomers­ialan, ia juga dibangunka­n untuk kalis air, sekali gus lebih lasak dan berdaya tahan,” katanya ketika ditemui ketika menguji set prototaip

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Kamarudin (tengah) dan Noor Ropidah (kanan) menunjukka­n cara penggunaan produk inovasi Portable Eco Supply (PES) kepada nelayan, Othman Chomil.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Kamarudin (tengah) dan Noor Ropidah (kanan) menunjukka­n cara penggunaan produk inovasi Portable Eco Supply (PES) kepada nelayan, Othman Chomil.
 ??  ?? PES mempunyai USB port, bekalan DC dan bekalan AC.
PES mempunyai USB port, bekalan DC dan bekalan AC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia