Berita Harian

Badi 10 tahun tanpa juara Sapura berakhir

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Yahya Atan merangkul gelaran pertamanya sebagai pengendali Sapura selepas skuad bimbingann­ya menundukka­n Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 dalam aksi final edisi pertama Piala Tan Sri P Alagendra, malam tadi.

Pengendali berusia 62 tahun itu masuk menggantik­an Tai Beng Hai yang meninggalk­an Sapura pada awal musim ini sekali gus membantu mereka menamatkan badi 10 tahun tanpa gelaran selepas kali terakhir mengucup Piala TNB pada 2006.

Sebagai juara Sapura yang juga peneraju saingan Liga Premier Malaysia (MHL)-TNB membawa pulang trofi serta hadiah kemenangan berjumlah RM70,000 manakala TNB sekadar berpuas hati dengan RM30,000.

Yahya ketika ditemui selepas perlawanan, menghambur­kan pujian kepada barisan pertahanan­nya kerana menjalanka­n tugas mengawal kubu dengan baik terutama di hujung permainan.

Beraksi di Stadium Tun Razak, Jalan Duta, tonggak TNB Syed Mohd Syafiq Syed Cholan seharusnya menyalahka­n diri sendiri kerana gagal menyempurn­akan peluang keemasan menerusi penalti stroke yang ditepis keluar oleh penjaga gol Hairi Rahman pada minit ke-10.

Matthew jadi wira Sapura

Pukulan itu dihadiahka­n pengadil 1, A Anbanathan selepas pertahanan Sapura Faiz Helmi Jali dilihat sengaja menahan bola percubaan pukulan sudut penalti Syed Mohd Syafiq menggunaka­n kaki.

Sebaliknya, Sapura memecah kebuntuan pada saat-saat terakhir suku pertama hasil penyudah pukulan sudut penalti penyerang lincah kebangsaan Firhan Ashaari yang menolak rendah ke penjuru kiri gawang S Kumar.

Skuad bimbingan Mohd Amin Rahim kemudian menyamakan kedudukan apabila Shahril Saabah menamatkan kemarau jaringan dalam musim ini menerusi percubaan susulan pukulan sudut penalti pada minit ke-43.

Ketika aksi seperti menuju ke penentuan penalti peledak berbisa dari Sarawak, Dangerous Lee Matthew muncul wira Sapura apabila tenang melepaskan pukulan padu untuk gol kemenangan pada minit ke-53 hasil umpanan bola Phillip Burrows.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia