Berita Harian

PDRM yakin jinakkan Kelantan

Peluang terbaik mara separuh akhir Piala Malaysia selepas menang 2-1 aksi pertama

- Oleh Nazri Abu Bakar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melepaskan peluang mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas memiliki kelebihan agregat 2-1 ke atas Kelantan menjelang aksi pusingan kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Cemerlang menewaskan The Red Warriors pada pertemuan pusingan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru sebelum ini, skuad bimbingan jurulatih Mohd Fauzi Pilus melontar keyakinan untuk menjinakka­n skuad pelawat itu di Melaka.

Namun, barisan berbeza terpaksa ditampilka­n Fauzi selepas dua tunjang utama, pemain pertahanan, K Rueben dan penyerang kelahiran Brazil, Guilherme de Paula tidak dapat diturunkan akibat menerima kad merah pada pusingan pertama.

Beri tekanan

Mohd Fauzi mengakui lawan pasti akan memberi tekanan kepada pasukannya habis-habisan selepas mereka dikejutkan anak buahnya di gelanggang sendiri tempoh hari.

Katanya, beliau amat pasti skuad bimbingan Velizar Emilov Popov akan beraksi lebih garang untuk memadam rekod cemerlang The Cops pada pusingan pertama.

“Justeru, saya tetap yakin pemain mampu untuk kental fokus bagi mengelak sebarang jaringan lawan, berikutan gol mereka mampu menyebabka­n barisan kami menghadapi tekanan.

“Saya juga mengharapk­an barisan depan bijak mencari ruang bagi meledak jaringan sebagai pembakar semangat untuk mempertaha­n kelebihan yang dimiliki,” katanya.

Namun, Fauzi tidak menafikan kebimbanga­nnya berikutan ketiadaan Rueben dan Guilherme akibat penggantun­gan.

Apapun, beliau percaya pengganti kedua-dua pemain terbabit mampu untuk menggalas tugas yang diamanahka­n dengan positif.

 ??  ?? Guilherme (kanan) sandaran PDRM untuk singkirkan Kelantan, Sabtu ini.
Guilherme (kanan) sandaran PDRM untuk singkirkan Kelantan, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia