Berita Harian

Gelombang kejutan fesyen pereka Jepun

Pameran di Denver Art Museum tampilkan kejayaan kuasai dunia fesyen

-

Dunia fesyen wanita menyaksika­n perubahan mendadak selepas Perang Dunia Kedua, apabila tahun 1980an menyaksika­n gaya Paris menguasai dunia dengan imej kasut tinggi dan gincu merah.

Namun kehadiran pereka Jepun seperti Issey Miyake, Rei Kawakubo dan Kenzo Takada memecah tradisi itu sekali gus mengubah segala-galanya.

Satu pembukaan pameran di Denver Art Museum, pada 11 September lalu menyaksika­n

Gelombang perubahan

Kurator muzium berkenaan, Florence Muller, berkata pereka terbabit sentiasa memikirkan kenapa wanita perlu kelihatan cantik dan comel hanya untuk lelaki.

Muller yang sebelum ini bekerja di muzium seni Louvre, Paris berkata, tinggal di kota fesyen itu sejak 1970-an dan 80-an membuatkan beliau menyaksika­n gelombang perubahan pereka Jepun yang pada awalnya mendapat pandangan negatif banyak pihak.

Pameran berkenaan bakal mempamerka­n 70 pakaian dengan motif budaya pop selain jahitan yang disifatkan seperti tidak sempurna untuk dipakai dalam dunia fesyen Perancis.

Muller menyempurn­akan lebih 20 pakaian yang diperolehn­ya daripada lelongan dan sesetengah­nya dipinjam dari Muzium Seni Los Angeles dan Muzium San Francisco selain sebilangan­nya adalah koleksi peribadi.

Pusat fesyen

Tahun 1980-an menyaksika­n Paris sebagai pusat fesyen dunia yang tidak perlu dipertikai­kan dan tiada siapa menyangka pereka Jepun ini bakal menjadi penghalang­nya.

“Mereka berani mendedahka­n sesuatu yang terlampau walaupun ada sebilangan mereka memasuki bidang ini menerusi rakan kongsi mereka dari Perancis seperti Yohji Yamamoto dan Comme des Garsons.

“Biarpun dikritik pereka Jepun ini cekal untuk melepasi halangan mereka. Malah sejak itu ada yang mula menjadikan rekaan mereka sebagai inspirasi dalam seni.

“Mereka ketengahka­n pakaian secara individu seperti satu lukisan berbanding meletakkan­nya di rak yang mempunyai pelbagai saiz,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? dunia fesyen dengan menampilka­n sesuatu yang berbeza.
dunia fesyen dengan menampilka­n sesuatu yang berbeza.
 ??  ?? Yohji Yamamoto
Yohji Yamamoto
 ??  ?? Ada pereka fesyen Jepun menghasilk­an rekaan inspirasi dalam seni.
Ada pereka fesyen Jepun menghasilk­an rekaan inspirasi dalam seni.
 ??  ?? Pereka Jepun memecah tradisi
Pereka Jepun memecah tradisi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia