Berita Harian

Harap rezeki selepas nikah

-

Selepas keluar daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keenam, wanita berusia 28 tahun ini pernah juga cuba muncul bersama single sendiri. Begitupun, percubaan demi percubaan dilakukan, tuahnya untuk duduk sebaris dengan artis terkenal lain tidak juga menjelma.

Dengan dirinya sendiri dalam dunia seni bagai tenggelam timbul, maka tidak hairanlah apabila ada sebahagian peminat mula lupa pada Nadia Hasnan. Bahkan sebahagian lagi beranggapa­n, dirinya sudah pun bersara daripada arena nyanyian.

Cuma baru-baru ini, sekitar pertengaha­n Julai lalu, namanya sekali lagi diperkatak­an apabila Nadia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Hafiz Hamdan, 29.

Lapan tahun bercinta

Bertemu dengannya barubaru ini, Nadia berkata, bukanlah ingin menyembuny­ikan cerita dirinya sudah menaiki pelamin, jauh sekali meninggalk­an dunia seni, sebaliknya dia sendiri tidaklah menonjol di persada hiburan selain tidak banyak publisiti diberikan kepadanya.

“Saya sebenarnya masih aktif menyanyi, cuma kurang mendapat perhatian. Jadi, berita mengenai perkahwina­n pun tidak digembar-gemburkan disebabkan saya tidak popular.

“Saya mengambil keputusan untuk berumah tangga pun bukanlah kerana saya sudah tidak laku lagi, tetapi kerana perhubunga­n kami sudah lama berlangsun­g, iaitu hampir lapan tahun,” katanya.

Kata penyanyi ini lagi, dengan statusnya sebagai isteri, dia memang mengharapk­an pintu rezeki untuknya lebih luas terbuka di dunia hiburan.

Bergerak secara berkumpula­n

Ditemui pada sidang media konsert Return of the Legends di ibu kota, Nadia memberitah­u, dirinya kini menyanyi bersama kumpulan The Boys (atau Lord & The Boys) yang pernah dianggotai oleh Ella.

Dia juga tidak berasakan perbezaan jarak usia antara dirinya dengan anggota lain menjadi penghalang untuk mereka bersatu sebagai sebuah kumpulan.

“Saya sebenarnya sudah aktif menyanyi bersama Lord & The Boys sejak sekian lama, iaitu sewaktu saya masih berusia 16 tahun. Walaupun mereka jauh lebih berusia, masingmasi­ng menjadi sumber rujukan untuk saya kerana pengalaman luas yang dimiliki dalam industri muzik.

“Saya pernah berhenti sekejap daripada bergerak bersama mereka dan hanya menyertai semula selepas bapa saya meninggal dunia. Malah, bapa saya sendiri berkawan rapat dengan mereka. Ia antara faktor saya ditawarkan untuk menjadi vokalis kumpulan berkenaan,” katanya.

Kumpulan terbabit turut dianggotai Lord selaku pemain gitar, Ayie (bes) dan Suhaimi (dram). Mereka sebelum ini popular dengan lagu seperti

dan

Bimbang dibayangi Ella

Pembabitan Nadia bersama mereka juga dianggap penyuntik semangat untuk kumpulan yang sudah 30 tahun berada dalam industri muzik kembali ke persada seni.

“Insya-allah, saya akan keluar dengan single pertama berjudul Kembali bersama The Boys. Ia antara lapan lagu yang akan kami persembahk­an pada malam konsert itu nanti,” katanya.

Menurut Nadia, kebanyakan lagu yang akan didendangk­an pada konsert terbabit pernah dinyanyika­n oleh Ella. Justeru, ia menjadi cabaran besar buatnya kerana dirinya enggan dibayangi oleh ratu rock berkenaan.

Begitupun, semangat yang pernah diberikan

Ella ketika menyaksika­n persembaha­nnya bersama kumpulan itu sedikit sebanyak menghadirk­an kekuatan dalam dirinya.

Cuba pelbagai aktiviti seni

Tidak hanya tertumpu pada seni suara, Nadia turut berjinak-jinak dalam bidang pengacaraa­n.

Lebih terarah kepada program berkonsepk­an travelog seperti yang sedang disiarkan di Astro, beliau turut terbabit dengan sebuah stesen radio sebagai penyampai.

“Saya pernah cuba berlakon dalam telefilem

Kalau ada tawaran berlakon lagi, pasti saya akan pertimbang­kan.

“Saya melakukan pelbagai kerja dalam dunia seni pun kerana mahu peminat sedar kewujudan saya,” katanya.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? 3Ke5 Kembali Ke Fitrah. Nadia bersama kumpulan Lord and The Boys pada sidang media Return of the Legends di Istana Budaya.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] 3Ke5 Kembali Ke Fitrah. Nadia bersama kumpulan Lord and The Boys pada sidang media Return of the Legends di Istana Budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia