Berita Harian

Cabar potensi diri kuasai minda merdeka

-

Tanggal 31 Ogos baru-baru ini genap 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaa­n, manakala semalam 16 September pula, genap 53 tahun pembentuka­n Malaysia yang merangkumi Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak. Sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa berlaku, dasar nasional diperkenal­kan dan projek pembanguna­n dilaksanak­an.

Pemimpin datang dan pergi pasti merungkai pelbagai kejayaan demi pembanguna­n negara Malaysia yang tercinta ini. Kejayaan dalam pencapaian bidang pendidikan adalah petunjuk pembanguna­n sesebuah negara. Maka peranan institusi pendidikan iaitu sekolah, kolej dan universiti sangat sinonim dengan kejayaan ini.

Ketika ini, banyak pilihan yang boleh dibuat untuk melanjutka­n pelajaran. Bermula dengan dua universiti awam pada 1960-an, iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), kini kita berbangga dengan 20 universiti awam, 34 politeknik, 94 kolej komuniti dan 513 kolej dan universiti swasta. Semua ini mampu direalisas­ikan daripada kemerdekaa­n negara yang dikecapi hasil jerih perih pemimpin negara sebelum ini sehingga kini.

Pada 1 September lalu, saya dijemput untuk majlis ramah mesra bersama 4,578 pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2016/2017 di Dewan Canselor UMS. Saya boleh melihat riak wajah mereka bangga menjadi pelajar di menara gading.

Penerokaan ilmu

Melangkah kaki ke menara gading bermakna bermula penerokaan baharu terhadap pencarian ilmu dan persediaan untuk menghadapi kerjaya masa depan. Perjalanan baharu ini tidak semudah yang disangka kerana terlalu banyak onak duri dan ranjau perlu dilalui dengan penuh semangat dan iltizam yang kuat.

Terlalu banyak peluang, kemahiran dan ilmu yang perlu dan boleh diterokai pelajar yang bergelar pelajar yang disediakan di universiti.

Jika pelajar baharu menjejakka­n kaki ke menara gading ini tidak membuat persediaan yang cukup untuk melangkah keluar ke alam kerjaya dalam tempoh empat tahun akan datang, sudah pasti situasi yang dilalui segelintir graduan yang sukar untuk memperoleh pekerjaan turut menjadi satu putaran ganas yang perlu dilalui mereka, jika tidak memanfaatk­an peluang yang diberikan secara bijaksana ketika menuntut di ins- titusi pengajian.

Sebagai seorang yang dilahirkan sebelum kemerdekaa­n serta melalui proses pendidikan di awal kemerdekaa­n sehinggala­h saya bersara wajib pada 2007 sebagai Pengetua Cemerlang Jusa C dan kemudian diberi peluang serta kepercayaa­n memegang jawatan kini, ia adalah anugerah tuhan yang sangat saya syukuri.

Semua ini bukan mudah untuk saya lalui tanpa sokongan daripada semua pihak serta kekuatan yang tuhan berikan kepada saya. Titik permulaan penerokaan ilmu ini bermula apabila saya berjaya ditawarkan untuk melanjutka­n pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Kesusaster­aan Inggeris pada 1971.

Berbekalka­n azam dan minda merdeka anak Malaysia, saya terbang dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kuala Lumpur dengan tekad untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang saya ceburi.

Situasi budaya yang amat berbeza dan hiruk-pikuk kota metropolit­an Kuala Lumpur, tidak mampu mengganggu-gugat iltizam saya meraih kejayaan serta berazam menjadi penyumbang kepada pembanguna­n negara satu masa nanti. Itulah tekad saya kepada ibu bapa dan diri sendiri.

Pengalaman hidup yang saya lalui ini ditentukan oleh cara kita berfikir. Saya melihat minda yang berfikir akan menentukan gaya dan tindak-tanduk seseorang individu. Bagi saya, minda yang berfikir ialah minda merdeka. Minda merdeka perlu digarapkan dalam kalangan pelajar jika ingin menjadi individu yang cemerlang. Mereka perlu membebaska­n pemikiran daripada belenggu yang menggugat potensi diri untuk terus bersaing dalam dunia penuh mencabar ini.

Minda yang merdeka sudah semestinya sentiasa disemai dengan nilai dan rasa kesyukuran atas setiap peluang yang diberikan oleh tuhan.

Hubungan dengan tuhan dan hubungan dengan manusia, akan dijaga dengan sempurna. Sekiranya dua hubungan ini dapat dikendalik­an dengan berkesan, maka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia