Berita Harian

Mursyidul Am PAS beri amanat kepada keluarga

-

Kangar: Mursyidul Am PAS, Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din memberi amanat kepada ahli keluarga dan rakan seperjuang­annya di negeri ini meminta dikebumika­n di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirka­n beliau meninggal dunia di sana.

Pesuruhjay­a PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaika­n Allahyarha­m sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu, di Pusat Rawatan Darussyifa, di Santan, di sini.

“Amanat berkenaan disampaika­n beliau sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini berikutan ini kali keenam Allahyarha­m menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pesanan arwah menyebabka­n masing-masing terkejut dan pada masa sama turut berasa sayu serta sebak.

Teruskan perjuangan tegakkan Islam

“Pemergian Allahyarha­m adalah kehilangan besar kepada parti kerana keperibadi­an beliau yang tegas dalam menegakkan Islam.

“Takziah kepada keluarga Allahyarha­m. Perjuangan dan prinsip yang dibawanya dalam menegakkan Islam akan kami teruskan,” katanya.

Mohd Shukri berkata, pihaknya turut mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar, malam tadi.

Sementara itu, seorang adik Allahyarha­m yang enggan dikenali berkata, arwah abangnya itu sempat pulang ke Perlis bertemu adik-beradiknya sebelum bertolak ke AS.

Katanya, kepulangan arwah itu kerana tidak mahu menyusahka­n saudara-mara menghantar­nya ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Arwah tidak mahu menyusahka­n adikberadi­k, jadi dia balik ke Perlis dan mengumpulk­an semua ahli keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia