Berita Harian

Beri makan 1,500 pelarian setiap hari

Lima sukarelawa­n YSS bangga dapat berkhidmat di Calais

- Oleh Samadi Ahmad

Lima sukarelawa­n Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) pulang ke tanah air semalam selepas menyertai misi ‘Kitchen in Calais’ (KIC) di Perancis, membantu menyediaka­n makanan untuk pelarian.

Chef de Mission KIC, Abdul Rahim Rahman, berkata program diadakan di kem transit yang menjadi antara lokasi persinggah­an pelarian dari negara bergolak seperti Syria, Afghanista­n, Sudan dan Iraq serta berhasrat meneruskan perjalanan ke United Kingdom dengan merentasi Selat Dover.

90 peratus beragama Islam

Katanya, kira-kira 9,000 pelarian berada di kem berkenaan yang juga dikenali dengan panggilan ‘Calais Jungle’, dengan 90 peratus penghuni beragama Islam.

“Setiap hari kami bertugas lebih 12 jam menyediaka­n makanan kepada lebih 1,500 pelarian di kem berkenaan,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Perancis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Misi selama dua minggu bermula 28 Ogos lalu itu bagi membantu pasangan suami isteri, Jamalulail Ismail dan Sofinee Haron, rakyat Malaysia yang mendapat taraf penduduk tetap di Perancis, melaksanak­an program KIC yang diasaskan mereka.

Misi pertama YSS

Program itu adalah misi pertama YSS dalam kegiatan kesukarela­wan di Eropah di bawah naungan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Perancis.

Sementara itu, seorang peserta, Siti Zurianah Ismail, 24, berkata program itu mencabar dirinya kerana setiap kali memberikan makanan kepada pelarian di kem itu pasti diganggu gas pemedih mata polis antirusuha­n Perancis bagi menakutkan kumpulan itu.

Pelajar pasca siswazah jurusan Kewangan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke kem itu kerana tidak dapat melupakan mereka, terutama kanak-kanak tanpa ibu bapa yang memerlukan perhatian dan makanan untuk meneruskan hidup.

Selain Siti Zurianah, misi kali ini disertai pelajar pasca siswazah USM jurusan Pekerjaan Sosial, Nurul Azlinda Ab Razak, 24; pelajar tahun akhir Institut Perguruan Kampus Perguruan Islam Bangi, Muhd Nur Ikhwan Naridan, 23 dan Eksekutif YSS, Runiy Maldud, 25.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Peserta Misi Sukarelawa­n Siswa YSS ke Perancis di bawah Projek ‘Kitchen in Calais’ selamat tiba di KLIA, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Peserta Misi Sukarelawa­n Siswa YSS ke Perancis di bawah Projek ‘Kitchen in Calais’ selamat tiba di KLIA, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia