Berita Harian

Kakitangan TNB terbunuh, 3anakparah

Kenderaan dipandu mangsa gagal memotong, bertembung kereta

- Oleh Ramli Ibrahim

Perjalanan pulang lima sekeluarga daripada menghadiri majlis kenduri berakhir tragedi apabila seorang lelaki maut, manakala tiga anaknya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 37, Jalan Gua Musang-kuala Krai di sini, petang kelmarin.

Dalam nahas jam 6.30 petang itu, kenderaan PROTON Wira yang dipandu mangsa dikatakan gagal memotong sebelum bertembung dengan PERODUA Alza dari arah bertentang­an.

Mangsa yang maut ialah kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang juga pemandu kereta, Azahar Muhamad, 53, manakala tiga anaknya yang parah ialah Nur Amalina, 27, Muhamad Azerey, 23, dan Nur Amirah Balqis, 14. Isteri mangsa, Noraini Seman, 53, hanya cedera ringan.

Pulang dari majlis kahwin

Difahamkan, ketika kejadian Azahar bersama anak dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru Limau Kasturi, sebaik menghadiri majlis perkahwina­n keluargany­a di Terengganu. Isteri mangsa

Noraini berkata, sebelum kejadian dia sempat menasihatk­an suami supaya memandu cermat dan perlahan berikutan banyak kenderaan pada musim perayaan.

“Tidak sampai 30 minit saya menitipkan pesanan, kereta yang kami naiki bertembung dengan PERODUA Alza.

“Saya lihat suami saya berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Perjalanan terakhir

“Setiba di Klinik Kesihatan Chiku 3, doktor mengesahka­n suami saya sudah meninggal dunia. Dalam keadaan masih menyambut Aidiladha, saya dikejutkan dengan kematian suami dalam sekelip mata.

“Perjalanan pulang kami selepas menghadiri majlis perkahwina­n berakhir dengan kematian suami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kemalangan terbabit dan siasatan sedang dijalankan

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan tiga anak mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Keadaan kereta mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 37, Jalan Gua Musang-kuala Krai, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Keadaan kereta mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 37, Jalan Gua Musang-kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia