Berita Harian

Perez dijangka kekal bersama Force India

Bakal umum perancanga­n pada musim depan sempena saingan di Kota Singa

-

Singapura

Pperlumbaa­n akan datang kami boleh mengumumka­n di mana saya akan berlumba,” kata Perez. “Saya selalu katakan, saya sangat gembira jika saya boleh kekal, jika semuanya baik. Bagi saya untuk terus kekal di mana saya berada.”

Persembaha­n terbaiknya musim ini - adalah apabila dia mendahului rakan sepasukan, Nico Hulkenberg dengan 16 mata dan dia membantu pasukan Force India mendahului di kedudukan keempat kategori pasukan pengeluar.

Ia sekali gus menarik minat banyak pasukan lawan tetapi Perez yakin terhadap prospek pasukannya di bawah peraturan rekaan baharu F1 pada 2017.

“Apabila kami melalui perubahan peraturan yang besar pada 2014, pada perlumbaan ketiga, saya berada di podium bagi pasukan. Jadi, ia menunjukka­n Force India mempunyai kemampuan yang baik dalam peraturan baharu,” kata Perez.

Saingan sengit

“Saya berharap tahun depan, kami boleh selangkah lagi ke depan, yang mana ia adalah sangat sukar. Kini anda perlu bersaing dengan Ferrari, Red Bull, Mercedes, jadi ia akan menjadi sungguh sukar tetapi saya percaya terhadap pasukan.”

Dua pemandu Renault, Kevin Magnussen dan Jolyon Palmer bagaimanap­un tidak pasti tentang masa depan mereka apabila gagal memperoleh sebarang gambaran daripada pasukan mereka sama ada, kontrak akan disambung atau sebaliknya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir,” kata Magnussen. “Saya membaca beberapa keratan akhbar yang mengatakan ia masih tertangguh dan keputusan itu akan mengambil masa yang panjang.”

 ??  ?? Perez membantu Force India mendahului di kedudukan keempat kategori pasukan pengeluar.
Perez membantu Force India mendahului di kedudukan keempat kategori pasukan pengeluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia