Berita Harian

Selesa lelaki matang

Kerjaya stabil, berdikari punca jejaka sebaya keberatan dekati Nelydia

-

Nelydia bagaimanap­un, tidak pernah menutup pintu hatinya. Cuma dalam masa terdekat ini, anak kelahiran

Kota Bharu, Kelantan ini selesa bersendiri­an dan cinta bukan lagi keutamaan.

“Saya belajar daripada pengalaman lalu. Dahulu, saya begitu terbuka berkongsi apa saja termasuk perancanga­n masa depan. Selepas apa yang berlaku, rasanya lebih baik saya menyimpan segala perancanga­n hanya untuk diri. Saya hanya akan berkongsi apabila segala-galanya sudah pasti.

“Mungkin juga dulu saya masih muda, jadi saya tidak terfikir kesannya apabila impian tidak menjadi kenyataan.

Bukan bererti saya mahu berahsia, tetapi jika berlebihan disorot, ia akan memberikan tekanan kepada perhubunga­n. Lebih baik saya menyimpann­ya sendiri,” katanya.

Sasaran usia

Nelydia juga tidak terkejar-kejar mahu menamatkan segera zaman gadisnya, malah tidak pernah meletakkan sasaran usia untuk berkahwin. Akui Nelydia, kebanyakan lelaki sebayanya keberatan mendekati kerana dirinya kini memiliki kerjaya yang stabil.

“Mungkin itu juga antara faktor yang membuatkan saya lebih selesa memilih lelaki matang. Lagipun, kebanyakan wanita sekarang lebih selesa berdikari. Saya tidak terlalu pemilih atau menetapkan kriteria tertentu kerana bimbang nanti diri merana jika tidak menemui lelaki seperti yang dicari.

“Kita tidak pernah tahu siapa yang akan menjadi jodoh kita, jadi saya bersikap terbuka. Lebih baik saya berkawan dulu kerana dari situ, akan terbit keserasian, seterusnya membawa hubungan ke peringkat lebih serius. Untuk sementara waktu, saya belum ada pengganti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia