Berita Harian

Epi pen penyambung hayat

-

membayangk­an apakah yang akan terjadi sekiranya mereka berada jauh dari hospital ketika kejadian berlaku.

Bekalan didakwa terhad

Disebabkan bimbang dengan keadaan anaknya itu, Shahrul Nizam dengan persetujua­n isteri, Nur Fairuz Zainudin, 30, mengambil keputusan berhenti kerja dan mula berniaga dari rumah secara kecil-kecilan sebelum membuka kafe ‘Abang Tukang Masak’ (ATM) di dalam ibu pejabat Tesco di Selayang.

Shahrul sanggup bekerja sendiri demi memastikan dirinya sentiasa bersedia berdepan perkara tidak dijangka ke atas anak kesayangan mereka itu.

Katanya, dia pernah secara sinis diminta berhijrah keluar negara untuk mendapatka­n epi pen dengan mudah.

“Kalau tidak kerana kekangan kewangan, sudah pasti itulah yang dilakukan kerana bukan mudah untuk berpindah ke negara orang tanpa bekalan mencukupi.

“Malah kunjungan ke pusat zakat tidak berhasil apabila diminta mengeluark­an dahulu kos sendiri sebelum membuat tuntutan pampasan.

Cuba beli da AS

“Saya pernah mencuba mendapatka­n bekalan epi pen dari Amerika Syarikat

(AS) menerusi seorang rakan di sana, tetapi malangnya menjadi syarat di negara itu, doktor perlu memeriksa sendiri pesakit sebelum mengeluark­an preskripsi ubat.

“Saya juga cuba menghantar preskripsi daripada doktor di sini yang merawat Muhammad Irfan, tetapi itu juga tidak diterima melainkan kami membawa Muhammad Irfan ke sana,” katanya yang mengakui tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos bagi tujuan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia