Berita Harian

KEBUMI DI CALIFORNIA

Penuhi pesanan Allahyarha­m Haron Din, enggan tangguh urus jenazah

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Anak Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din perjelas keputusan keluarga tak bawa balik jenazah ke tanah air

Pesanan Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din yang mahu dikebumika­n di tempat menghembus­kan nafas terakhir, membuatkan keluargany­a memutuskan pengebumia­n jenazah Mursyidul Am PAS itu di California, Amerika Syarikat.

Anaknya, Dr Huda Haron berkata, tempoh panjang iaitu tujuh hari yang diperlukan bagi melengkapk­an urusan membawa pulang jenazah ke tanah air turut mendorong keputusan itu.

“Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjamjam malah berhari-hari dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui embalm (pengawetan) yang pastinya menyeksaka­n segenap urat saraf.

“Walaupun ramai yang menghulurk­an bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangka masa tujuh hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormat­an dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.

Penjelasan itu dilakukann­ya menerusi entri ke akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din (Official) kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Mohon maaf kepada semua

Dalam nukilan panjang lebar penuh emosi dari California itu, Dr Huda berkali-kali memohon maaf kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpin­an tanah air atas keputusan keluargany­a mengebumik­an Allahyarha­m di luar negara.

Keluarga pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan atas bantuan dan usaha dihulurkan, termasuk tawaran menyediaka­n pesawat persendiri­an, yang disifatkan mereka amat menyentuh perasaan.

“Kami menghargai usaha pihak kerajaan, terutama (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendiri­an.

“Terima kasih. Sangat kami hargai dan tersentuh. Kami sekeluarga merakamkan penghargaa­n atas keprihatin­an Datuk Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama,” katanya.

Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, pada jam 10.10 pagi Jumaat lalu waktu Malaysia, akibat komplikasi jantung.

Jenazahnya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam malah berhari-hari dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui embalm (pengawetan) yang pastinya menyeksaka­n segenap urat saraf” Dr Huda Haron Anak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia