Berita Harian

Jaja Islam tarik pelajar melabur

Modus operandi selit pesanan anbia berjaya pikat ramai pelajar

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Faizatul Farhana Farush Khan bhnews@bh.com.my

Sindiket yang didakwa beroperasi sama seperti skim labu peram, guna propaganda ‘jihad ekonomi Islam’ dalam seminar keusahawan­an dianjurkan bagi mendekati pelajar sebelum merekrut mereka sebagai ejen mencari mangsa lain

Sindiket penipuan berselindu­ng di sebalik pemasaran pelbagai peringkat (MLM), bukan setakat menggunaka­n helah melatih usahawan muda, malah sanggup menjual nama Islam, sematamata menarik perhatian pelajar universiti.

Modus operandi itu berjaya menarik ramai pelajar, untuk percaya yang syarikat terbabit mengamalka­n prinsip syariah dalam pentadbira­n dan perniagaan kerana sering menyelitka­n pesanan dan amanat anbia dalam setiap pertemuan atau seminar berkaitan.

Jihad ekonomi Islam

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, Muhammad Zuhaili Mohammad Aminuddin, berkata sindiket yang menyasar pelajar universiti itu menggunaka­n propaganda 'jihad ekonomi Islam’ ketika seminar keusahawan­an bagi mendekati pelajar, sebelum merekrut mereka sebagai ejen untuk mencari mangsa lain.

“Mereka akan mengajak pelajar yang dilihat menunjukka­n minat menghadiri seminar keusahawan­an. Peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk sindiket mengaburi pelajar dengan mempamerka­n segala kemewahan dimiliki ejen mereka.

“Selepas mengisi borang pendaftara­n dan membayar wang berjumlah ribuan ringgit sebagai ahli, pelajar akhirnya diminta menjual minyak herba dan mencari pelanggan baharu sebagai syarat memperoleh komisen bulanan,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan bongkar oleh BH semalam, yang mendedahka­n kegiatan sindiket berselindu­ng di sebalik MLM yang menyasarka­n pelajar universiti bagi mengaut keuntungan menerusi penyertaan dalam perniagaan mereka.

Muhammad Zuhaili berkata, kesan pembabitan dalam sindiket MLM itu, ramai pelajar mendahuluk­an pinjaman pengajian, meminta daripada keluarga dan berhutang dengan kenalan, semata-mata untuk membiayai kos terbabit.

Katanya, berbanding tahuntahun kebelakang­an ini yang menyaksika­n ramai pelajar berjaya 'dipujuk' sindiket terbabit, kini semakin ramai sedar dan menjauhi pelawaan dibuat ejen MLM ekoran kempen dijalankan UTM.

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Awam UTM yang enggan namanya disiarkan, berkata selain media sosial yang kini menjadi medan promosi, sindiket MLM juga masih menggunaka­n kaedah tampalan iklan di setiap fakulti, kolej kediaman dan stesen bas bagi menarik perhatian pelajar,

“Iklan yang ditampal ini bukan besar seperti poster atau bunting iklan along, sebaliknya seperti cebisan kertas yang mudah diambil pelajar yang melihatnya,” katanya.

Pelajar sedar tertipu

Beliau berkata, pembabitan pelajar UTM dengan MLM dilihatnya serius sejak dua tahun lalu dan hanya kebelakang­an ini sahaja kegiatan itu berkuranga­n selepas ramai pelajar mula menyedari tertipu dan menjadi mangsa.

“Sebelum ini, ada sesetengah daripada mereka yang menjadi mangsa MLM, meminta bantuan tabung zakat universiti kerana tidak mampu menampung kos hidup. Apabila ditanya ke mana wang pinjaman dibelanjak­an, mereka akhirnya mengaku melabur dalam MLM,” dedahnya.

Sindiket yang menyasar pelajar universiti itu menggunaka­n propaganda ‘jihad ekonomi Islam’ ketika seminar keusahawan­an bagi mendekati pelajar, sebelum merekrut mereka sebagai ejen untuk mencari mangsa lain” Muhammad Zuhaili Mohammad Aminuddin, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pensyarah UTM memberi penerangan kepada pelajar berhubung sindiket penipuan MLM.
Pensyarah UTM memberi penerangan kepada pelajar berhubung sindiket penipuan MLM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia