Berita Harian

Dakwaan akhbar sudah diulang beberapa kali

-

Kuala Lumpur: Spekulasi kononnya empat menteri besar bakal digantikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris kelmarin, disifatkan sekadar khabar angin yang sudah beberapa kali diulang.

Laporan berkenaan mendakwa pemimpin terbabit ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah.

Di Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor ketika dihubungi, berkata dakwaan itu sudah diulang sekurang-kurangnya empat kali sejak tiga tahun lalu, namun tiada sebarang perubahan berlaku.

Seremban,

“Khabar angin sahaja kerana laporan itu tak sebut sumbernya. Jadi, abaikan khabar angin, tumpu kepada usaha perkemas persediaan hadapi PRU. Beliau (Mohamad) juga tak peduli khabar angin itu, sentiasa utamakan tugas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti,” katanya.

Tak beri sebarang reaksi

Sementara itu, Mohamad tidak memberi sebarang reaksi apabila ditanya mengenai dakwaan itu melalui aplikasi Whatsapp dan tidak dapat dihubungi melalui telefon, namun beliau dijangka memberi kenyataan hari ini.

Di Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar turut menyifatka­n laporan berkenaan spekulasi semata-mata, sekali gus berharap meminta orang ramai

Kuala Terengganu,

tidak membuat sebarang andaian.

“Saya tidak mahu ulas lanjut, namun jika benar-benar berlaku, kami akur. Sebagai orang parti, perlu sokong tindakan atau langkah diambil Perdana Menteri jika perubahan mampu memperkuku­hkan kedudukan UMNO,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Beliau berkata, berkata sejarah politik negeri ini membuktika­n pemindahan kuasa boleh berlaku dengan baik kecuali ketika Datuk Seri Ahmad Said diminta menyerahka­n kerusi Menteri Besar kepada Ahmad Razif yang ketika ini berada di Makkah kerana menunaikan fardu haji dan dijadual pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Di usaha menghubung­i Adnan yang kini mengiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Kuantan,

dalam lawatan ke Mesir dan hanya dijadual kembali ke tanah air pada 24 September depan, gagal apabila beliau tidak menjawab pesanan ringkas (SMS) yang dihantar.

Bagaimanap­un, sumber memberitah­u, spekulasi itu dianggap ‘khabar angin nakal’ kerana tiada sebarang petanda atau perkembang­an menjurus kepada perkara itu, malah Adnan yang menjadi Menteri Besar sejak 18 tahun lalu masih menerima sokongan padu ahli UMNO negeri dan pelbagai pihak lain, termasuk Istana Pahang.

“Tuanku Sultan Pahang tahu Menteri Besar sangat prihatin kepada rakyat terutama golongan kurang berkemampu­an serta pelajar. Perdana Menteri juga yakin Adnan mampu meneruskan prestasiny­a, bahkan kalau tidak diganggu, beliau mampu meningkatk­an kemenangan BN pada PRU-14,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia