Berita Harian

Pembangkan­g bukan mahu cari kebenaran: Ismail Sabri

Isu dicetuskan semata-mata untuk hasut rakyat, pecah belahkan UMNO, BN

- Oleh Francis Andin

Parti pembangkan­g bukan mahu mencari kebenaran apabila mencetuska­n sesuatu isu, sebaliknya hanya mahu memecahbel­ahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia terbukti apabila mereka enggan menerima kebenaran walaupun bukti sudah dikemukaka­n selepas siasatan terhadap sesuatu isu dijalankan, termasuk oleh jawatankua­sa khas yang disertai wakil pembangkan­g sendiri.

Beliau memberi contoh siasatan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dijalankan pihak berkuasa berkaitan serta Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC) yang turut dibarisi Ahli Parlimen pembangkan­g dan Jabatan Audit Negara.

“Siasatan (isu 1MDB) mendapati tiada bukti salah guna kuasa, namun pembangkan­g tetap enggan terima kebenaran,” katanya yang turut merujuk klip video pengakuan Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mengakui tugas pembangkan­g adalah menghasut rakyat supaya membenci UMNO.

Utama projek bela nasib rakyat luar bandar

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat UMNO Bahagian Pensiangan, Tenom dan Keningau semalam, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam isu lain berkata, kementeria­nnya kini mengutamak­an projek yang membela nasib masyarakat luar bandar dan pedalaman.

“Projek menyentuh hati rakyat ini wajib disiapkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan bagi memastikan infrastruk­tur asas penduduk luar bandar dan pedalaman dapat disediakan dengan segera. Ia termasuk membaik pulih rumah, pembinaan jalan kampung, projek air bersih dan bekalan api,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berupaya menembusi Sabah kerana negeri ini adalah kubu kuat BN dan UMNO.

Katanya, tindakan PPBM bersekutu dengan pembangkan­g tanpa objektif yang jelas kecuali bermotif peribadi semata-mata untuk menghancur­kan UMNO dan BN, perlu ditentang habishabis­an.

“Saya yakin PPBM sukar untuk menggugat kedudukan UMNO, bukan sahaja di Sabah, malah Semenanjun­g. Dia (Dr Mahathir) nak tebuk perahu kita supaya kita tenggelam. Sebelum dia tenggelamk­an kita, lebih baik kita tebuk perahu mereka dahulu.

“Kalau kita senyap dia akan tumbangkan kita. Saya yakin mereka akan datang ke Sabah meraih sokongan, terutama daripada pemimpin yang kecewa,” katanya.

 ?? [FOTO FRANCIS ANDIN/BH] ?? Ismail Sabri (tiga dari kiri) pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Keningau, Tenom dan Pensiangan di Keningau, semalam.
[FOTO FRANCIS ANDIN/BH] Ismail Sabri (tiga dari kiri) pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Keningau, Tenom dan Pensiangan di Keningau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia