Berita Harian

Generasi Ulul Albab bukti kecemerlan­gan

-

Pendidikan dilihat sebagai satu agenda utama untuk memastikan pembanguna­n negara dapat dilaksanak­an dengan lebih pesat dan efisien Menerusi dasar pendidikan 60:40 (Sains/teknikal:sastera) yang termaktub dalam sistem pendidikan negara sejak 1976, ia jelas menunjukka­n, kerajaan amat menekankan pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an, dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah, mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Program Ulul Albab adalah program yang menggabung jalin mata pelajaran sains tulen, alquran dan As-sunnah dalam reka bentuk kurikulumn­ya.

Program ini disifatkan s pemangkin penjanaan sumber tenaga profesiona­l yang menguasai sumber ilmu aqli (akal fikiran) dan naqli (wahyu), serta menguasai bidang pengajian STEM.

Pada asasnya, program ini direka bentuk untuk menghasilk­an pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, terutama dalam bidang STEM, malah mempamerka­n atribut individu yang membawa nilai berasaskan alquran dan As-sunnah.

Antara objektif utama program Ulul Albab adalah melahirkan individu yang mempunyai akhlak terpuji sebagai asas utama pembanguna­n modal insan yang holistik.

Program ini memfokuska­n kepada tiga komponen utama, iaitu ensaiklope­dik, ijtihadik dan Quranik. Modul Quranik memberi penekanan hafazan dan Bahasa Arab.

Modul ensaiklope­dik pula fokus kepada multidisip­lin dan multilingu­al, sementara modul ijtihadik melatih pelajar untuk pemikiran aras tinggi. Untuk menyokong elemen ijtihadik, pelajar juga digalakkan mengikuti program kokurikulu­m.

Lambakan tugasan

Menyepaduk­an konsep Ulul Albab dengan kurikulum kebangsaan, menyebabka­n pelajar dibebani lambakan tugasan pada setiap hari persekolah­an.

Ini mungkin akan menyebabka­n pelajar aliran ini merasa tertekan dengan suasana pembelajar­an dan pengajaran. Seringkali ini menyebabka­n fokus pelajar tersasar dan disiplin menyusut.

Bagaimanap­un, kajian mendapati wujud korelasi tinggi antara sahsiah pelajar dengan hafazan al-quran. Pelajar menunjukka­n akhlak dan sahsiah positif dan berfikiran terbuka dan ke hadapan.

Peruntukan masa yang diberikan pelajar untuk hafazan tidak menjejaska­n prestasi akademik kerana secara amnya pelajar yang menunjukka­n pencapaian cemerlang dalam hafazan al-quran juga cemerlang dalam akademik.

Gabungan ketiga-tiga elemen asas program Ulul Albab berjaya mencabar minda pelajar yang menggalakk­an mereka menerokai ilmu sains melangkaui kurikulum kebangsaan. Kejayaan ini boleh didasarkan kepada sistem pendidikan berasaskan pedagogi berkonsepk­an Ar-rahman dan Ar-rahim yang mana elemen kasih sayang diterapkan di dalamnya. Pengajaran dan pembelajar­an berasaskan kasih sayang asas dalam memupuk akhlak yang baik. Ini sangat kritikal kerana objektif utama program Ulul Albab ini ialah melahirkan pelajar berpengeta­huan tinggi dengan nilai moral tinggi, setia, mulia, bertanggun­gjawab dan komited kepada agama, bangsa dan negara.

Dalam sistem sebegini, pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa memainkan peranan sangat penting. Mereka sendiri mesti menghayati pendekatan program ini ketika melaksanak­annya dan juga perlu memahami hak pelajar.

Hubungan dan interaksi guru dan pelajar mesti sentiasa positif dan maklum balas negatif perlu dielakkan.

Ini boleh direalisas­i melalui program mentor-mentee atau Homeroom seperti diamalkan Maktab Sains Rendah MARA.

Kurikulum berkesan perlu direka untuk memenuhi piawai sekolah, pelajar, guru dan jangkaan masyarakat. Kurikulum diguna pakai untuk kebanyakan program Ulul Albab hanya memperuntu­kkan elemen Quranik secara berasingan kepada sistem pendidikan sedia ada.

Reka bentuk kurikulum sedia ada perlu dibuat semakan dan diperkemas dengan mengintegr­asikan elemen Quranik dalam mata pelajaran akademik secara jelas dan sistematik.

Pihak yang terbabit dalam program Ulul Albab juga perlu mempertimb­angkan jumlah mata pelajaran akademik pelajar dan memansuhka­n mata pelajaran tertentu jika difikirkan bertindan.

Kejayaan setiap program pendidikan bergantung kepada kaedah pelaksanaa­n, hala tuju dan kesinambun­gan program itu. Jadi, wajarlah program Ulul Albab ini ada kesinambun­gan pada peringkat pengajian tinggi agar generasi Ulul Albab tidak berakhir pada peringkat menengah sahaja.

Persijilan hafazan

Model pendidikan Ulul Albab bertepatan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia contoh kepada negara Islam lain di peringkat global, melalui penggemble­ngan tenaga ke arah menjadi pusat kecemerlan­gan pendidikan bertaraf antarabang­sa.

Selari hasrat kerajaan, dalam konteks hafazan, Darul Quran di Kuala Kubu Baru, Selangor, mengambil inisiatif memformula­si program persijilan hafazan, dengan kerjasama tiga universiti tempatan.

Kesinambun­gan program Ulul Albab akan dapat memastikan kegusaran pelajar sekolah menengah mengenai hala tuju program ini, terjawab.

Sistem pendidikan tinggi yang diterap dengan program Ulul Albab ini dapat melahirkan ahli profesiona­l, teknokrat, usahawan yang mempunyai kemahiran bidang keagamaan berlandask­an alquran dan as Sunnah sebagai generasi Ulul Albab seperti tercatat dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Satu piawai atau garis panduan perlu diwujudkan bagi pelaksanaa­n program itu pada peringkat sekolah dan universiti yang mampu mengekalka­n kemandiria­n program berkenaan pada peringkat sekolah mahupun universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia