Berita Harian

MPAJ tak ambil peduli rayuan peniaga

Arahan pengosonga­n Pasar Pekan Ampang ketepi hak, jejas pendapatan penjual

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Ampang

Ldua perjumpaan dengan empat ahli jawatankua­sa Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Pekan Ampang (PPPPPA), mengenai arahan pemindahan tanpa memberi peluang kepada peniaga merayu menangguhk­an pemindahan itu.

Bantah tindakan MPAJ

Sehubungan itu, lebih 300 peniaga semalam berhimpun di depan pasar itu membuat bantahan terhadap MPAJ yang disifatkan lebih mementingk­an ‘diri’ tanpa mengambil peduli masalah yang bakal dihadapi mereka apabila diarah menutup perniagaan yang diusahakan nenek moyang mereka sejak enam dekad lalu.

Setiausaha PPPPPA, Veronica Liew, berkata keputusan MPAJ itu tidak mengambil kira usia peniaga yang rata-rata berusia lebih 60 tahun selain sudah berniaga sejak 60 tahun lalu.

Katanya, pihak MPAJ juga tidak mengadakan perjumpaan dengan peniaga berbincang rancangan membangunk­an semula pasar sekali gus perlu memindahka­n peniaga ke pasar sementara.

“Pada April lalu, MPAJ memanggil empat ahli jawatankua­sa persatuan untuk berbincang. Sebaik tamat perjumpaan itu, saya terus berbincang dengan peniaga mengenai pemindahan itu dan mereka tidak setuju.

“Namun seminggu kemudian, saya hadiri perjumpaan kedua untuk menyuaraka­n bantahan peniaga.

“Bagaimanap­un, pihak MPAJ tidak mahu mendengar bantahan kami, sebaliknya mengarahka­n kami mendengar segala apa yang diarah tanpa membantah kerana mendakwa mereka lebih berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas perhimpuna­n membantah projek pembanguna­n semula pasar pekan Ampang di depan pasar berkenaan, semalam.

Tangguh kerja meroboh

Selain itu, katanya, kontraktor yang dipilih sudah memulakan kerja dengan meletakkan dua kontena di sebelah pasar berkenaan pada bulan lalu, namun dihalang peniaga menyebabka­n mereka menangguhk­an kerja meroboh bangunan pasar berkenaan.

Sementara itu, wakil Badan Ke-

 ??  ??
 ??  ?? Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (dua dari kanan) bersama peniaga membantah cadangan MPAJ untuk merobohkan Pasar Pekan Ampang yang sudah 60 tahun beroperasi, di Ampang.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (dua dari kanan) bersama peniaga membantah cadangan MPAJ untuk merobohkan Pasar Pekan Ampang yang sudah 60 tahun beroperasi, di Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia