Berita Harian

‘Cuaca panas tidak terasa’

Jemaah bersyukur tunai ibadah dengan mudah, lancar

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman

“Cuaca panas sehingga mencapai 53 darjah Celsius seolaholah tidak terasa bagi saya. Alhamdulil­lah semuanya berjalan dengan mudah,” kata Hamidah Sakirin, 55.

Hamidah dari Kuantan, Pahang adalah seorang daripada 442 jemaah haji pertama yang tiba di tanah air, semalam.

Menceritak­an pengalaman­nya menunaikan haji buat kali pertama bersama suami, Azmi Jaludin, 55, Hamidah berkata, beliau berasa seronok sepanjang berada di tanah suci dan tidak berdepan kesukaran.

“Sebelum ini ada yang memberitah­u mereka berdepan masalah seperti kemudahan air di Padang Arafah, tetapi semuanya tersusun bagi kami. Cuaca juga tidak pula sepanas yang dikatakan kerana banyak pokok di kawasan itu.

9 tahun tunggu giliran

“Selepas sembilan tahun menunggu giliran, kami memperoleh pengalaman indah ini dan kalau boleh, kami tidak mahu balik lagi (hari ini),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Warga emas, Membunga Daud, 86, dari Kuala Lumpur, berkata beliau tidak pernah menyangka dapat mengerjaka­n haji buat kali kedua, selepas melaksanak­annya buat kali pertama kira-kira 30 tahun lalu.

“Walaupun berkerusi roda, saya dapat menjalanka­n ibadah ini dengan baik dibantu oleh cucu saya. Kalau boleh, saya mahu ke sana setiap hari kerana keindahan serta ketenangan yang ada di sana sukar untuk digambarka­n,” katanya.

Tunai haji usia muda

Bagi Dr Muhammad Syafiq Mohammad Isa, 27, beliau menyifatka­n dirinya bertuah kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada usia yang muda, selepas perlu menjadi mahram kepada isterinya, Dr Hanisah Jefrey, 26, yang dipanggil menunaikan haji pada tahun ini.

Sementara itu, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air, semalam, yang terdiri daripada 442 jemaah.

Jemaah berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Jeddah pada jam 11.21 pagi, menaiki pesawat Saudi Arabia SV5644. Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan pengurusan tertinggi TH, serta anggota keluarga dan saudara mara jemaah yang datang dari seluruh negara.

 ??  ?? yang tiba disambut oleh ahli keluarga di KLIA, Sepang, semalam.
yang tiba disambut oleh ahli keluarga di KLIA, Sepang, semalam.
 ??  ?? Sebahagian kumpulan pertama jemaah haji
Sebahagian kumpulan pertama jemaah haji
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia