Berita Harian

Malaysia sambut baik lanjut musim umrah kepada 10 bulan

-

Kuala Lumpur: Cadangan melanjutka­n musim umrah kepada 10 bulan selaras dengan peningkata­n jemaah setiap tahun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Malaysia menyambut baik cadangan kerajaan Arab Saudi untuk menambah musim umrah dari lapan bulan ketika ini kepada 10.

“Kita dapati sejak 10 tahun kebelakang­an ini kesedaran umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadat umrah mulai meningkat.

“Malah, kerajaan Arab Saudi sendiri menyasarka­n peningkata­n daripada lapan juta hingga 30 juta jemaah menjelang 2030,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Selain itu, katanya, cadangan itu juga munasabah apabila pembanguna­n pembesaran Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi serta di sekitar kawasan itu siap sepenuhnya.

Peningkata­n mendadak

Katanya, jemaah dari negara ini juga menunjukka­n peningkata­n mendadak setiap tahun terutama ketika waktu cuti musim persekolah­an.

Sebelum itu, media Arab Saudi melaporkan cadangan itu juga selaras untuk memasukkan Muharam dan Syawal ke dalam musim umrah, sejajar wawasan baharu pembanguna­n Makkah dan Madinah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensiagen­si Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harith Mohd Ali, berkata cadangan diusulkan Kerajaan Arab Saudi itu bagi memenuhi bilangan jemaah umrah kian meningkat setiap tahun.

“Jika tempoh itu dilanjutka­n ia memberi peluang kepada jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan umrah.

“Saya juga menjangkak­an penambahan jemaah umrah dari Malaysia jika cadangan terbabit dilaksanak­an kelak.

“Cadangan lanjutkan tempoh masa dari Muharam dan Syawal berbanding ketika ini dari Safar hingga akhir Ramadan, membolehka­n jemaah mempunyai lebih masa menunaikan ibadat umrah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia