Berita Harian

Nuan Nuan makin lincah

Zoo Negara terus jaga anak panda gergasi, tidak pulang kepada China

- Oleh Nurul 'Aniqah Sazale

Nuan Nuan, anak kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang lahir di Zoo Negara, kini bergerak lincah selain berat badannya mencecah 35 kilogram sejak dilahirkan setahun dan 35 hari lalu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Amat Lana, Nuan Nuan, berkata panda betina yang dilahirkan pada 18 Ogos tahun lalu kini membesar dengan sihat tetapi masih menyusu.

“Kami ada cuba memberinya makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan makanan yang lembut kerana giginya masih belum cukup kuat.

“Anak panda ini juga sudah pandai berdikari, tapi ibunya sensitif dengan pergerakan anaknya dan akan mengeluark­an bunyi seakanakan bimbang dengan peri lakunya,” katanya kepada di Zoo Negara di sini, semalam.

Sedia terima tajaan

Ditanya mengenai kemungkina­n Nuan Nuan dipulangka­n kepada kerajaan China apabila usianya genap dua tahun, Rosly berkata perkara itu adalah tidak benar.

Katanya, pengurusan Zoo Negara tidak pernah mengeluark­an sebarang kenyataan berhubung menghantar balik Nuan Nuan ke China selepas 60 hari.

“Keputusan itu hanya boleh di buat oleh Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana Zoo Negara hanya diamanahka­n sebagai penjaga sahaja,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Zoo Negara sedia menerima tajaan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu menampung kos perbelanja­an dan penjagaan panda.

Tingkat kehadiran pengunjung

Katanya, bantuan kewangan atau tajaan itu bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan pihak Zoo Negara kepada kerajaan sekali gus dapat meningkatk­an bilangan pengunjung.

“Pihak kami ada berjumpa dengan beberapa NGO, namun masih tiada maklum balas daripada pihak mereka.

“Kerjasama Zoo Negara dan NGO diharap bukan sahaja dapat membantu melindungi haiwan berkenaan daripada sebarang ancaman, malah merancakka­n aktiviti di Zoo Negara sekali gus menjadikan­nya sebagai zoo bertaraf antarabang­sa pada tahun 2017,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? BH Nuan Nuan kini semakin sihat dan mencecah berat 35 kilogram selepas lebih setahun dilahirkan di Zoo Negara.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] BH Nuan Nuan kini semakin sihat dan mencecah berat 35 kilogram selepas lebih setahun dilahirkan di Zoo Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia