Berita Harian

Anggota pertama Renjer Sabah

-

anggota pasukan itu pernah meredah hutan sekitar Kampung Perian, Lundu, Sarawak dalam usaha menjejaki kumpulan kecil pengganas yang bertanggun­gjawab menyerang hendap dan membunuh 15 renjer serta mencederak­an 10 lagi dalam kejadian Mac 1972.

Katanya, ketika itu beliau menyertai operasi di Bau, Kuching, diarahkan ke Biawak, bagi memburu pengganas yang menyerang renjer dan merampas senjata ketika dalam perjalanan menghantar bekalan kepada pasukan.

Dua rakan karib terbunuh

“Dua anggota yang terbunuh adalah rakan karib saya daripada Renjer Sabah. Tiada perasaan takut ketika bertempur selama lima jam menentang pengganas komunis kerana terkenang nasib dua rakan yang dibunuh mereka serta mahu berjuang demi negara.

“Slogan Renjer Sabah dalam bahasa Kadazan iaitu ‘Osiou Oh Kamanang’ bermaksud ‘Siapa Berani Dia Menang’ menyemarak­kan lagi keberanian kami mempertaha­nkan negara.

“Dalam pertempura­n itu, kami berjaya menembak mati dua musuh, manakala seorang lagi cedera parah serta merampas kembali senjata serta peralatan radio yang dirampas komunis,” katanya ketika ditemui BH di rumahnya, semalam.

Abdullah berkata, kejayaan operasi dihargai Kerajaan Sarawak yang menganuger­ahkan pingat Ahli Bintang Sarawak kepada mereka.

Selain di Lundu, Sarawak, Abdullah pernah ditugaskan di Pulau Sebatik, Tawau pada Oktober 1965 untuk menjaga sempadan Malaysia-indonesia ketika konfrontas­i Indonesia, dua tahun selepas menyertai Renjer Sabah.

Abdullah yang juga anak bongsu daripada lapan beradik berasal dari Tandek, Kudat, menyertai Renjer Sabah pada usia 22 tahun, sehingga menamatkan perkhidmat­an pada 1979 dengan pangkat Kapten bersama Batalion Ketiga Rejimen Askar Wataniah di Kem Sri Kinabatang­an.

Gaji hanya RM60 sebulan

Abdullah berkata, biarpun terpaksa meninggalk­an isteri yang sarat mengandung dengan gaji anggota renjer ketika itu hanya RM60 sebulan, ia tidak mematahkan semangat juang anak Sabah untuk menyertai pasukan berkenaan.

“Sepanjang bertugas, saya pernah kehilangan beberapa rakan dalam batalion sama. Namun itu tidak sesekali mematahkan semangat juang kami kerana mahu melihat negara khususnya Sabah aman dan tidak dijajah.

“Kini, setiap kali 16 September, kami biasanya berkumpul dengan bekas anggota renjer untuk mengenang masa lalu ketika berada dalam pasukan tentera,” katanya.

 ??  ?? Abdullah (empat dari kanan) ketika lawatan bekas Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Pertahanan, Tun Razak Hussien pada 1965 di Ipoh, Perak.
Abdullah (empat dari kanan) ketika lawatan bekas Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Pertahanan, Tun Razak Hussien pada 1965 di Ipoh, Perak.
 ??  ??
 ??  ?? Abdullah (dua dari kiri) bergambar dengan rakan sepasukan selepas ditauliahk­an menjadi pegawai dengan pangkat Leftenan Muda.
Abdullah (dua dari kiri) bergambar dengan rakan sepasukan selepas ditauliahk­an menjadi pegawai dengan pangkat Leftenan Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia