Berita Harian

Thailand serah 22 kereta mewah milik rakyat Malaysia

Kenderaan bernilai RM2.2 juta dipercayai dicuri dalam tempoh enam tahun

- Oleh Nordiana Shafiee

Polis Thailand menyerahka­n 22 kereta mewah dengan nilai RM2.2 juta yang dicuri di negara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Bukit Kayu Hitam di sini, kelmarin.

Pegawai Perhubunga­n PDRM Kedutaan Malaysia di Bangkok, Asisten Komisioner Fauzi Khan Ismail, berkata kereta yang diserahkan itu terdiri daripada kereta mewah seperti BMW X6, Toyota Vellfire, Honda Accord, Toyota Camry, Toyota Estima dan Audi yang dicuri dalam tempoh enam tahun kebelakang­an di negara berkenaan.

Katanya, masih banyak lagi kereta milik warga Malaysia yang ditahan dan belum dihan tar pulang kepada pemiliknya di Malaysia khasnya di wilayah selatan Thailand.

Dibawa ke Myanmar

“Selama setahun, kita bekerjasam­a dengan polis Thailand menjejaki kereta curi ini yang dibawa ke Myanmar dan ada yang digunakan di Thailand sahaja.

“Hasilnya, kita berjaya membawa pulang sebanyak 22 kereta mewah ini yang dibawa dari Bangkok dengan tiga lori treler pada jam 1 petang hari Jumaat dan tiba di Pusat Pemeriksaa­n Kastam Sadao jam 8 pagi semalam (kelmarin),” katanya di sini, semalam.

Penyerahan kereta curi itu adalah susulan majlis penyerahan kereta Malaysia yang ditemui di Thailand oleh Polis Diraja Thailand diketuai Timbalan Ketua Polis Jeneral Wuthi Liptapallo­p kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh di Bangkok pada 6 September lalu.

Sementara itu, pemilik kereta mewah BMW X6, Muhammad Tajuddin Jahabaddee­n yang ditemui di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, berkata dia kehilangan kereta mewah terbabit kirakira tiga tahun lalu di hadapan rumahnya di Kuala Lumpur.

“Terima kasih kepada PDRM dan polis Thailand kerana berjaya mendapatka­n semula kereta saya yang hilang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Fauzi Khan menunjukka­n senarai kereta curi milik warga Malaysia yang ditemui di Thailand di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, semalam.
Fauzi Khan menunjukka­n senarai kereta curi milik warga Malaysia yang ditemui di Thailand di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Antara kereta curi yang ditemui di Thailand.
Antara kereta curi yang ditemui di Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia