Berita Harian

Banjir kilat landa Pulau Pinang

Hujan lebat, ribut akibatkan beberapa tempat dinaiki air, pokok tumbang

- Oleh Nur Izzati Mohamad dan Fatin Fazlina Yaakob

Hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di negeri ini semalam, menyebabka­n beberapa tempat dilanda banjir kilat dan lapan kenderaan rosak akibat pokok tumbang.

Cuaca buruk bermula sejak jam 6 pagi itu, mengakibat­kan kawasan sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru serta Jalan P Ramlee dinaiki air antara 0.3 hingga 0.5 meter, sekali gus membimbang­kan penduduk.

Angin kencang turut mengakibat­kan beberapa pokok di Jalan Perak, Jalan Tingkat Nipah, Taman Lip Sin dan Paya Terubong tercabut sehingga merosakkan kenderaan.

Jurucakap bomba, berkata air mulai surut dalam tempoh satu ke dua jam bagi membolehka­n semua laluan dibuka kepada orang ramai selepas ditutup sementara.

Penduduk tidak perlu pindah

“Kita juga selesai melakukan kerja pembersiha­n pokok tumbang kirakira jam 11 pagi dan kejadian kali ini tidak memerlukan penduduk berpindah,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu di Bukit Mertajam, bumbung sebuah rumah penduduk rosak terus selepas dihempap menara telekomuni­kasi yang dipasang di pangsapuri berdekatan runtuh akibat ditiup angin kencang kira-kira jam 7 pagi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKP) Pangsapuri Permata, Adli Johari, 49, berkata kejadian itu mengejutka­n lebih 1,000 penduduk di kawasan berkenaan.

“Pencawang yang runtuh itu turut menyebabka­n motosikal dan kereta yang diletakkan di kawasan pangsapuri mengalami kerosakan akibat terkena serpihan keluli,” katanya.

Di seorang pekerja ladang warga Nepal berusia 20 tahun maut selepas pondoknya dihempap pokok sawit yang tumbang ketika cuaca buruk melanda kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

Pokok terbabit tumbang akibat ditiup angin kencang dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluark­an mayatnya yang tersepit.

Simpang Ampat,

 ??  ?? Kereta hampir ditenggela­mi air akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee dan sekitar Georgetown, semalam.
Kereta hampir ditenggela­mi air akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee dan sekitar Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia