Berita Harian

Ketua adil beri faedah duniawi, ukhrawi

-

Pemimpin dan kepemimpin­an adalah amanah bagi yang layak dan mengambiln­ya dengan hak. Tanggungja­wab daripada seorang insan kepada khalayak insan bukanlah suatu kebanggaan mahupun kemegahan kerana jika salah tujuannya, boleh menjadi penyesalan pada hari kemudian.

Firman Allah SWT yang bermaksud: al-syar’iyyah amanat untuk pemimpin: “Perlulah diketahui dan disedari bahawasany­a memimpin manusia adalah termasuk kewajipan terbesar dalam agama. Tidak akan tertegak agama kecuali dengan kepemimpin­an. Sesungguhn­ya keperluan anak Adam itu tidak akan tercapai secara sempurna kecuali dengan keadaan berjemaah, kerana sifat saling memerlukan antara satu sama lain, justeru dalam sebuah jemaah itu sudah pasti memerlukan seorang pemimpin.”

Kepemimpin­an meliputi setiap aspek

Oleh itu, setiap tugasan kepemimpin­an itu berkait secara langsung dengan membangunk­an agama. Seorang pemimpin bukan sahaja menyeru rakyat dan seluruh warga dipimpinny­a mentaati Allah SWT dalam urusan ibadah, tetapi juga meliputi segenap aspek serta perincian kehidupan sama ada ekonomi, sosial, politik dan muamalat.

Pemimpin dalam Islam bukanlah satu anugerah kemuliaan yang boleh dimegahkan atau pemilikan kuasa untuk digunakan sesuka hati. Sebaliknya, pemimpin ialah seorang yang memegang amanah daripada rakyat yang dipimpin dan menanggung tanggungja­wab daripada Allah SWT, untuk memastikan masyarakat memperoleh faedah duniawi mahupun ukhrawi daripada kepemimpin­annya.

Oleh sebab besarnya amanah dan tanggungja­wab yang perlu dipikul serta dilaksanak­an, maka Allah SWT meletakkan pemimpin sebagai pihak ketiga yang wajib dipatuhi selepas-nya dan Rasulnya.

Perintah taat kepada pemimpin ada dinyatakan dalam al-quraan yang bermaksud: (Surah an-nisa,ayat 59)

Syarat asasi bagi pemimpin untuk berjaya menunaikan amanah dan melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh dedikasi serta akhirnya meraih anugerah daripada Ilahi ialah keikhlasan, kesedaran dan kesungguha­n.

Keikhlasan jiwa mencurahka­n tenaga untuk mengatur, menyusun dan menjaga kepentinga­n masyarakat ialah motivasi terpenting yang akan memastikan tidak berlaku kekecewaan daripada landasan yang benar.

Seterusnya, kesedaran bahawa kedudukan sebagai pemimpin bukan suatu yang boleh dibangga atau dimegahkan sebaliknya kedudukan itu suatu bebanan yang amat berat untuk dilaksanak­an, serta menyiapkan pemimpin dengan hati dan fikiran yang terbuka untuk bermusyawa­rah, menerima nasihat dan memperbetu­lkan segala kesilapan yang berlaku.

Kesungguha­n menjalanka­n amanah dan melaksanak­an tanggungja­wab akan membantu pemimpin menyusun masyarakat yang harmoni. Kesungguha­n pemimpin yang ikhlas membela nasib masyarakat sekeliling­nya membolehka­n mereka menabur bakti kepada masyarakat tanpa mengira waktu.

Pemimpin perlu adil, ihsan dalam tindakan

Di samping itu, individu yang mahu memimpin atau bercita-cita untuk memimpin dan bertindak dalam kalangan manusia hendaklah berlaku adil serta ihsan walaupun membabitka­n musuh dalam medan perjuangan. Sifat itu ditunjukka­n Baginda SAW sewaktu menangani sebarang permasalah­an ketika berhadapan puak Quraisy.

Allah SWT menyuruh supaya berbuat adil dengan wajar, sederhana dan seimbang. Tidak cenderung kepada hawa nafsu, tiada pengaruh emosi kasih dan benci, tiada soal kepentinga­n mahupun mengambil kesempatan, juga tidak takut kepada yang kuat dan berani kepada yang lemah.

Keadilan itu tetap berjalan lurus memberikan sukatan dan pertimbang­an yang saksama kepada semua. Kesimpulan­nya, seorang pemimpin perlu menjaga agamanya, hubunganny­a dengan Allah SWT dan mengambil amanah menunaikan tanggungja­wab menegakkan hukum yang sah daripada Allah SWT serta memimpin rakyat melakukan perkara serupa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia