Berita Harian

Peluang balas jasa ibu bapa

Seminar SPM anjuran YBR bantu calon capai keputusan cemerlang untuk ke universiti

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyertai Seminar Didik Rakyat anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dinasihatk­an supaya memanfaatk­an semua ilmu yang diperoleh sepanjang seminar sebagai persiapan menduduki peperiksaa­n itu nanti.

Ketua Wilayah Lapan Bank Rakyat (Perak), Aznan Ali Othman, berkata peluang menghadiri seminar yang disediakan secara percuma oleh YBR dengan kerjasama

itu perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin.

Beliau berkata, keputusan cemerlang yang diperoleh dalam SPM nanti sekali gus membantu membuka laluan mudah kepada pelajar memasuki universiti selepas tamat persekolah­an.

“Saya ingatkan di sini, apabila seseorang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang, mereka dapat masuk universiti yang bagus dan selepas itu mereka berpeluang mendapat pekerjaan di tempat kerja terbaik.

“Dari situ mereka dapat kerja yang bagus dan akhirnya dapat membantu membalas jasa ibu bapa masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar itu, di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian seminar itu disempurna­kan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, (Perhubunga­n) Kamaruddin Ismail.

Capai kecemerlan­gan

Sekolah yang menghantar peserta iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, SMK Methodist ACS Ipoh, SMK Anderson Ipoh, SMK Tanjung Rambutan, Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, SMK Raja Perempuan Ipoh dan Pusat Pendidikan Al Barakah Ipoh.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, pelajar di kawasan bandar harus menggunaka­n peluang yang disediakan untuk mencapai kecemerlan­gan dalam akademik kerana mereka mempunyai banyak akses bagi memperoleh ilmu berkaitan.

Beliau berkata, bukan semua pelajar berpeluang menghadiri seminar seperti itu, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Jika dibandingk­an, pelajar di bandar lebih mempunyai banyak akses untuk mendapatka­n ilmu seperti kemudahan internet dan sebagainya. Namun apabila memperoleh keputusan, pelajar luar bandar lebih ramai yang berjaya,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Aznan Ali (lima dari kanan) bersama calon SPM yang menyertai Seminar Didik Rakyat YBR di Ipoh, baru-baru ini.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Aznan Ali (lima dari kanan) bersama calon SPM yang menyertai Seminar Didik Rakyat YBR di Ipoh, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia