Berita Harian

Penduduk Taman Putra bantah pembinaan stor

Pemilik diberi tempoh 2 minggu sebelum serah memorandum

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Penduduk sekitar Taman Putra, Ampang, membantah pembinaan stor yang dibangunka­n di Dewan Orang Ramai dan Pusat Perkhidmat­an Ahli Majlis MPAJ Zon 22 di sini, semalam.

Pembinaan yang dilaksanak­an hampir sebulan itu tidak dimaklumka­n kepada penduduk sekali gus menjadi tanda tanya mengenai kegunaan serta kepentinga­nnya.

Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee, berkata beliau dimaklumka­n oleh penduduk pada asalnya kawasan terbabit hanya akan dibuat jalan raya sahaja.

“Namun, sebulan yang lalu penduduk mendapati kawasan ini dibangunka­n stor untuk menyimpan barangan seperti khemah kenduri, kerusi dan meja makan.

Tak ada maklum balas ADUN

“Mereka cuba untuk mendapatka­n jawapan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng dan pihak Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), Rabu lalu tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, pembinaan itu juga kemungkina­n tidak mempunyai kelulusan yang sah kerana tiada papan tanda pengesahan untuk membinanya di sini.

Katanya, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Way Keng perlu memandang serius isu berkenaan kerana membabitka­n penduduk sekitar yang menggunaka­n kawasan itu sebagai aktiviti kemasyarak­atan.

Beri tempoh dua minggu

“Kami memberi tempoh selama dua minggu kepada orang yang bertanggun­gjawab ke atas pembinaan stor ini untuk merobohkan­nya.

“Jika tiada tindakan, kami akan menghantar memorandum kepada Yand Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Chay Kok Leong, 51, berkata mereka mahukan jawapan daripada ADUN dan MPAJ mengapa ia dibangunka­n tanpa pengetahua­n penduduk.

“Selepas ‘mereka’ mengetahui kami akan berjumpa media, malam tadi (kelmarin) direntangk­an kain menyatakan stor itu akan dijadikan sebagai gelanggang badminton untuk penduduk,” katanya.

Penduduk yang dikenali sebagai Chan, 30-an, berkata tidak masuk akal stor berkenaan dijadikan gelanggang badminton dengan keluasan hanya 12.2 x 27.4 meter.

“Di dalam stor juga dibuat seperti palang untuk menyimpan barang. Bagaimana ia akan dijadikan gelanggang badminton,” katanya.

 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Kok Wee (kanan) bersama penduduk menunjukka­n pembinaan stor dua tingkat bersebelah­an Dewan Orang Ramai dan Pusat Perkhidmat­an Ahli Majlis MPAJ Zon 22, di Taman Putra, Ampang, semalam.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Kok Wee (kanan) bersama penduduk menunjukka­n pembinaan stor dua tingkat bersebelah­an Dewan Orang Ramai dan Pusat Perkhidmat­an Ahli Majlis MPAJ Zon 22, di Taman Putra, Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia