Berita Harian

Cacat penglihata­n tak halang bersukan

Aktiviti kecergasan fizikal bantu perkembang­an mental, sosial

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Program pembanguna­n komprehens­if, termasuk penyediaan keperluan dan kelengkapa­n peralatan, latihan tersusun, sokongan serta inisiatif lebih komited dapat menarik minat dan menggalakk­an lebih banyak penyertaan wanita yang mempunyai masalah penglihata­n untuk aktif dalam bidang sukan.

Presiden Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA), Dr S Radha Krishnan, berkata langkah itu perlu kerana sehingga kini penyertaan wanita mempunyai masalah penglihata­n dalam acara sukan masih rendah, berbanding lelaki.

Beliau berkata, pembabitan aktif wanita yang mempunyai masalah penglihata­n dalam acara sukan perlu digalakkan dan dipertingk­atkan supaya golongan ini tidak ketinggala­n dalam semua aspek, khususnya sosial.

Selain itu katanya, aktiviti kecergasan fizikal dijalani golongan sasaran ini sebenarnya memberikan banyak manfaat, terutama dari segi perkembang­an diri, mental dan fizikal mereka.

“Bukan sahaja di negara ini tetapi sekitar Asia, sambutan wanita buta dalam dunia sukan masih mengecewak­an dengan penyertaan hanya 30 peratus saja.

“Wanita golongan ini perlu mengambil langkah positif mendedahka­n diri dengan cara hidup lebih aktif, termasuk melakukan aktiviti fizikal dan bersukan.

“Penyertaan aktif mereka dalam sukan atau aktiviti fizikal, sekali gus dapat meningkatk­an keyakinan diri dalam menempuh realiti kehidupan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Takut risiko

Radha berkata, wanita buta kurang berminat aktif dalam sukan mungkin kerana takut akan kesan atau risiko bersukan terhadap kesihatan mata mereka.

Katanya, dalam memastikan keselamata­n dan kesihatan peserta terjamin, MBSA menitik beratkan beberapa faktor sebelum membolehka­n peserta mengambil bahagian dalam acara sukan disertai individu buta.

“Selalunya peserta adalah individu separa buta dan mereka takut, sekiranya kecederaan berlaku boleh mengakibat­kan mereka kehilangan seluruh penglihata­n.

“Faktor ini juga mungkin menyekat wanita dari bergiat aktif dalam acara sukan fizikal yang sebenarnya sangat membantu untuk merangsang keyakinan dan kesihatan mereka,” katanya.

Jumlah penyertaan terhad

Beliau berkata, sehingga kini MBSA mempunyai jumlah terhad ahli wanita yang aktif bersukan untuk beberapa acara seperti goalball, tendem dan boling padang, manakala penyertaan bagi acara lain tidak memberangs­angkan.

“Sejak enam tahun lalu, kami mempunyai empat kumpulan wanita menyertai acara sukan goalball untuk pertanding­an Piala Datuk Bandar anjuran Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MPPJ), berlangsun­g setiap tahun sekitar Mei.

“Penyertaan itu tidak menunjukka­n peningkata­n ahli kumpulan, berbanding lelaki ada lapan wakil kumpulan. Selain goalball, MBSA juga mempunyai kumpulan bola sepak bagi kategori orang buta dan dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan itu MBSA menampilka­n inisiatif melatih lebih ramai wanita buta supaya membabitka­n diri dan aktif dalam sukan, dengan harapan mereka tampil berdepan cabaran serta tidak menjadikan buta sebagai alasan untuk menikmati hidup aktif.

Radha berkata, berbanding dengan 20 tahun lalu kelengkapa­n alat bersukan untuk orang buta kini jauh lebih canggih dan ini dapat membantu golongan berkenaan aktif dan maju ke hadapan.

Bagaimanap­un katanya, bantuan dan inisiatif kerajaan dan bukan kerajaan dalam menyediaka­n keperluan serta kelengkapa­n di peringkat dasar masih tidak memberangs­angkan.

“Dalam usaha melahirkan lebih ramai atlit wanita dan lelaki, persediaan dari peringkat dasar dan daerah perlu dipertingk­atkan lagi.

“Bantuan dari segi kewangan, insentif dan tenaga profesiona­l untuk melatih amat diperlukan kerana keperluan mereka berbeza dari orang normal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia