Berita Harian

Haron Din layak dinobat tokoh penyatuan ummah

-

Rakyat Malaysia menangisi kehilangan Datuk Dr Haron Din, sebutir permata ummah yang sangat tinggi ilmunya, seluas lautan jasa dan sumbangann­ya kepada seluruh masyarakat Islam. Keilmuannn­ya masih lagi didambakan oleh umat Islam di Malaysia.

Latar belakang akademik dan pengalaman keilmuan yang dimiliki sudah cukup untuk membuktika­n beliau adalah tokoh yang amat disegani kawan dan lawan. Menjadi rujukan utama dalam pelbagai bidang, mengasas dan mengembang­kan ilmu pengubatan Islam, memangkin perjuangan gerakan Islam di Malaysia dan konsisten dalam setiap ucapan dan tindakan menjadi ‘trademark’ kehebatan peribadi mulia ini. Dalam kelembutan wajah dan manis senyumanny­a, setiap pendiriann­ya dituturkan dengan penuh hikmah dan tegas dalam pelaksanaa­nnya.

Haron Din bukanlah baharu dalam bidang politik dan dakwah di Malaysia. Seawal 80-an lagi beliau sudah dilihat sebagai ikon yang bakal memimpin masyarakat Islam di Malaysia. Beliau mewakafkan dirinya demi perjuangan Islam dan menginfaqk­an seluruh tenaga kudratnya dalam melaksanak­an misi dakwah di negara ini. Dakwahnya merentasi sempadan politik dan perkauman, menumpukan kesatuan Islam bagi masyarakat Melayu serta berusaha mendaulatk­an Islam sebagai teras kepada perpaduan dalam negara.

Pendirian berhikmah

Keberanian beliau menerima tanggungja­wab sebagai Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundinga­n Islam di bawah kelolaan Kerajaan Persekutua­n membuktika­n pendirian berhikmah beliau serta menzahirka­n politik matang dan sejahtera berasaskan prinsip ajaran Islam sebenar. Ia mencetuska­n paradigma baharu kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam khususnya.

Amat mengagumka­n apabila perbezaan fahaman politik dan perkauman terus dihapuskan lantaran pemergian beliau. Ucapan takziah dan kesedihan di atas pemergiann­ya beliau oleh Perdana Menteri dan tokoh-tokoh politik tanah air lain memberi gambaran jelas bahawa beliau adalah tokoh yang luar biasa. Jurang politik sempit berjaya dihapuskan dan politik dakwah beliau membuahkan hasil mengagumka­n.

Beliau pastinya amat sinonim dengan pengubatan Islam di Malaysia. Kaedah rawatan menggunaka­n ‘Ruqyah Syar’iyyah’ yang telah diasaskan sejak 1977 berjaya menarik keluar kepercayaa­n tahyul masyarakat Melayu kepada pengubatan Islam tulen. Beliau seterusnya mengasaska­n Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’) pada 1988 yang seterusnya merintis kepada perkembang­an secara besar-besaran kaedah rawatan Islam yang bukan hanya memfokuska­n kepada penyakit rohani semata-mata, sebagai kompliment­ari kepada rawatan penyakit fizikal dalam perubatan alopati.

Sehingga kini, Darussyifa telah berjaya melahirkan lebih daripada 6,000 perawat Islam bertauliah, 65 pusat rawatan di seluruh negara serta 13 kelas pengajian pengubatan Islam hampir di setiap negeri di Malaysia. Pengiktira­fan Kementeria­n Kesihatan Malaysia terhadap Pengubatan Islam menjadi cita-cita utama beliau dan menjadi kejayaan paling manis bagi perjuangan­nya.

Pemergian ditangisi

Saya yakin semua anak murid dan kenalan rapat mengakui bahawa ilmu ‘ikhlas’ adalah anugerah terbesar beliau kepada kita semua untuk dicontohi. Keikhlasan beliau dalam setiap pengucapan dan tindakan memberi kesan sangat mendalam, melebihi kepentinga­n lain yang selalu merosakkan nilai amalan. Buktinya, pemergiann­ya ditangisi kawan dan lawan, mengundang jutaan takziah dari segenap pelusuk dunia, dan legasi perjuangan­nya didokong utuh oleh anak murid dan pengikutny­a yang istiqamah sehingga kini!

Paling menarik, pasca pemergian beliau mencetuska­n paradigma ilmu baharu pengurusan jenazah yang menepati Sunnah Nabawiyyah sekaligus menghapusk­an dogma kolot yang lama membekas dalam masyarakat Melayu. Jasa dan sumbangan beliau dalam menyatukan masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang wajar dihargai dan dicontohi.

Beliau berjaya menyatukan pemikiran masyarakat Melayu daripada fahaman tahyul kepada kesatuan aqidah yang jitu. Beliau berjaya hapuskan fahaman politik sempit kepada politik Islam yang membimbing kawan dan seteru. Beliau merintis ke arah perubahan kefahaman pemikiran masyarakat Islam kepada mendaulatk­an ajaran Islam yang satu. Maka beliau amat layak dinobatkan sebagai tokoh penyatuan Ummah di Malaysia, di dunia jasamu menggunung, ganjaran baik di syurga menunggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia