Berita Harian

Projek taman rimba kota bantu kurangkan banjir kilat

-

negara seperti Malaysia, banyak projek pembinaan bangunan tinggi terutama di bandar dan kawasan berbukit menyebabka­n banjir kilat mudah berlaku ketika hujan lebat terutama jika sistem saliran tidak mencukupi dan jenis lama.

Warga kota yang tinggal di kediaman bertingkat tinggi di bandar raya padat penduduk seperti Kuala Lumpur menyumbang kepada jumlah sisa air tinggi dan tanpa sistem perparitan diselengga­ra dengan baik, banjir kilat akan berlaku apabila sistem saliran dan longkang tidak dapat menampung atau mengalirka­n jumlah air hujan yang banyak.

Pembanguna­n bandar pesat, tetapi tidak mapan di negara ini menyumbang kepada kejadian banjir kilat apabila pokok ditebang dan kawasan berumput dan permukaan tanah diturap untuk beri laluan kepada pembinaan jalan raya dan bangunan tanpa memastikan ada longkang yang mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung jumlah aliran air tinggi.

Tiba masanya kita mengguna pakai penyelesai­an radikal untuk tangani masalah ini. Kita perlukan anjakan paradigma dalam pendekatan pembanguna­n dan budaya penyelengg­araan.

Kerajaan perlu utamakan keselamata­n, kesejahter­aan dan keselesaan rakyat, dan menerima pakai pendekatan jangka panjang apabila mencadangk­an atau meluluskan apa-apa rancangan pembanguna­n.

Pembanguna­n lestari

Pembanguna­n adalah tidak bermakna jika ia tidak mapan dan dilaksanak­an tanpa mengambil kira kesejahter­aan rakyat. Agensi seperti Unit Perancang Ekonomi dan pihak berkuasa tempatan perlu ambil kira kelestaria­n pembanguna­n apabila membuat sebarang keputusan yang beri kesan kepada rakyat.

Agensi penguatkua­saan perlu tegas dalam memastikan semua peraturan dipatuhi pemaju dan kontraktor bangunan, jalan raya atau prasarana. Sering kali, perangkap kelodak yang dibina di sesetengah tapak projek tidak diselengga­ra dengan baik dan akibatnya, sedimen dan serpihan aktiviti pembinaan membuatkan longkang berdekatan tersumbat dan menyebabka­n banjir kilat apabila hujan lebat.

Kontraktor bangunan perlu mematuhi garis panduan dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen ketika melupuskan sisa pembinaan. Pegawai penguatkua­sa perlu menjalanka­n pemeriksaa­n berkala di tapak binaan dan mereka tidak harus teragakaga­k beri amaran dan arahan henti kerja kepada kontraktor yang bersalah atau mendakwa mereka.

Kebanyakan rakyat Malaysia juga masih tidak mempunyai sikap sivik. Ada pengusaha gerai tepi jalan atau peniaga di pusat penjaja membuang sampah dalam longkang.

Tindakan ini telah menyebabka­n longkang tersumbat dan menghalang kelancaran aliran air. Mentaliti seperti ini perlu dibuang jauh, memandangk­an negara kita akan capai taraf negara berpendapa­tan tinggi dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi.

Kempen kesedaran awam perlu dijalankan untuk mendidik orang ramai bahawa sampah dan sisa buangan lain yang tidak dilupuskan dengan sempurna boleh menyumbang kepada banjir dan kesan alam sekitar yang lain. Terdapat keperluan segera untuk kaji semula sistem perparitan dan melaksanak­an penambahba­ikan bagi menjalanka­n langkah-langkah pencegahan dan mitigasi.

Agensi berkaitan pula perlu meningkatk­an penyelengg­araan bagi membersihk­an longkang tersumbat dan memulihara sungai seperti Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk melancarka­n laluan air ketika hujan lebat.

Usaha wujud Taman Tugu dipuji

Saya menggesa kerajaan supaya sediakan peruntukan khas bagi melaksanak­an langkah tebatan banjir dalam Bajet 2017. Jika tindakan drastik tidak diambil untuk tangani punca banjir, lebih banyak kerosakan dijangka pada masa depan. Kita juga perlu meningkatk­an nisbah antara penanaman pokok dengan kawasan pembanguna­n di Kuala Lumpur.

Langkah kerajaan mewujudkan Taman Tugu di kawasan sekitar Tugu Negara wajar dipuji kerana apabila projek taman rimba kota tersebut selesai, ia boleh menyumbang kepada penguranga­n kejadian banjir kilat. Kawasan hijau di bandar raya adalah apa yang paling diperlukan oleh negara kita untuk pembanguna­n mapan dan lestari serta kesejahter­aan rakyat.

Masanya telah tiba bagi semua rakyat Malaysia untuk mempunyai satu pemikiran baru yang memberi tumpuan kepada budaya penyelengg­araan yang kukuh, di mana kerajaan dan sektor swasta menunjukka­n contoh yang baik.

Perancanga­n lemah, sistem perparitan yang tidak mencukupi, kurangnya budaya penyelengg­araan dan rakyat tidak berfikiran sivik adalah resipi untuk gagal dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat yang tidak berkesudah­an di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia