Berita Harian

17 maut militan serbu kem tentera

India tuduh Pakistan dalang serangan pemisah di Kashmir

-

Militan bersenjata membunuh 17 anggota tentera dalam serbuan sebelum awal pagi semalam di pangkalan tentera Kashmir ditadbir India, serangan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau bergolak Himalaya.

Seorang pegawai tentera berkata, pemberonta­k bersenjata­kan bom tangan dan raifal automatik menyerang ibu pejabat briged tentera menempatka­n ratusan anggota tentera di bandar Uri, hampir dengan sempadan Pakistan.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, empat militan turut dibunuh ketika pertempura­n dengan pasukan keselamata­n yang menyaksika­n khemah dan perlindung­an sementara untuk anggotanya disambar api.

“Pertempura­n itu mengakibat­kan ‘banyak kematian.’ Kami menyanjung pengorbana­n 17 anggota tentera yang terbunuh dalam operasi itu,” kata kenyataan.

Seorang pegawai kanan tentera India berkata, empat lelaki bersenjata ala komando, bersenjata­kan raifal AK47 dan bom tangan menyerbu ibu pejabat briged di Uri jam 5.30 pagi dan terbunuh selepas tiga jam pertempura­n.

Serbuan itu adalah serangan terburuk selama bertahun di wilayah itu, di mana pemberonta­kan bersenjata ke atas pentadbira­n India meletus pada 1989.

Militan Pakistan terbabit

Pada masa sama, India menuduh Pakistan menjadi dalang serangan pemisah di Kashmir. Leftenan Jeneral Ranbir Singh memberitah­u media di New Delhi, serangan semalam menyerupai kumpulan militan Pakistan Jaish-e-mohammed.

Beliau menambah, bukti dikumpul di tempat kejadian menunjukka­n penyerang adalah warga asing dan peralatan itu memiliki tanda buatan Pakistan.

Pemberonta­k menyerbu sebuah kem tentera di Uri pada Disember 2014, membunuh 11 askar dan pegawai polis. Tentera kini menggeleda­h pangkalan itu, terletak 100 kilometer di baran bandar utama rantau itu di sini, untuk memburu militan.

Menurut seorang pegawai tentera, beberapa askar yang cedera dipindahka­n menaiki helikopter ke hospital tentera di sini. Sejumlah anggota tentera ditempatka­n di Uri selepas habis bertugas di rantau bertelingk­ah majoriti Islam itu.

Sementara itu di New Delhi, Perdana Menteri India Narendra Modi berikrar untuk menghukum pihak yang bertanggun­gjawab dalam serangan “pengecut” di Kashmir.

Kashmir dituntut kedua-dua India dan Pakistan untuk keseluruha­nnya dan kebanyakan penduduk di bahagian dikawal India memilih kemerdekaa­n atau penggabung­an dengan Pakistan. Kebangkita­n militan dan tindakan keras tentera sejak 1989 meragut lebih 68,000 nyawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia