Berita Harian

Letupan bom gegar New York, 29 cedera

Datuk Bandar tolak kaitan keganasan, polis Manhattan masih siasat

-

Satu letupan menggegark­an kejiranan penuh sesak Manhattan, mencederak­an 29 orang, dengan peranti mencurigak­an ditemui beberapa blok dari situ berjaya dialihkan awal pagi semalam.

Datuk Bandar Bill de Blasio menolak sebarang kaitan keganasan, namun menggelar letupan itu satu ‘tindakan sengaja.’

“Malam ini, Bandar Raya New York mengalami insiden amat buruk,” katanya dalam sidang media berhampira­n tempat kejadian di Chelsea.

De Blasio juga cuba menenangka­n kebimbanga­n warga bandar raya ini yang bimbang, mengatakan letupan itu tiada kaitan keganasan dan tiada kena mengena dengan letupan bom paip terdahulu di New Jersey, kelmarin yang memaksa larian amal dibatalkan.

“Apa saja penyebabny­a, warga New York tidak akan ditakut-takutkan. Kita tidak akan biarkan sesiapa mengubah siapa kita atau bagaimana kita meneruskan kehidupan,” katanya.

Tidak jelas siapa dalang dan motif serangan itu.

Seorang pegawai penguat kuasa undang-undang berkata, peranti kedua yang disiasat pihak berkuasa empat blok dari tempat kejadian pertama adalah sebuah periuk tekanan disambungk­an dengan wayar dan telefon bimbit.

Peranti dalam beg plastik

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, peranti itu ditemui dalam beg plastik di Barat 27th Street. Ia dialihkan menggunaka­n robot dan dibawa ke padang sasar jabatan itu di Bronx.

Beliau berkata, letupan yang menggegark­an kejiranan di Chelsea itu dikesan daripada kotak peralatan pembinaan di hadapan sebuah bangunan. Gambar di tempat kejadian menunjukka­n kotak logam hitam remuk.

Kawasan sibuk

Letupan berlaku di Barat 23rd Street itu berhampira­n jalan utama dengan banyak restoran dan pasar raya, Trader’s Joe.

Saksi berkata, letupan berlaku kira-kira jam 8.30 malam memecahkan tingkap premis perniagaan dan kawasan itu dipenuhi serpihan.

Pesuruhjay­a Jabatan Bomba Daniel Nigro berkata, beberapa mangsa dibawa ke hospital, seorang daripadany­a mengalami luka serius, manakala yang lain calar dan lebam.

Ketika polis menyiasat tapak kedua, jurucakapn­ya J Peter Donald menulis tweet amaran supaya penduduk menjauhi tingkap berdepan 27th Street. Beberapa laluan kereta api bawah tanah turut terjejas akibat letupan itu.

 ?? [FOTO AFP] ?? Anggota FBI menyiasat kawasan kejadian letupan di Barat 23rd Street dan 6th Avenue di Manhattan, New York, semalam.
[FOTO AFP] Anggota FBI menyiasat kawasan kejadian letupan di Barat 23rd Street dan 6th Avenue di Manhattan, New York, semalam.
 ?? [FOTO AFP] ?? Orang ramai keluar ke jalan raya selepas kejadian letupan di kawasan sesak dengan penduduk di 23rd Street, New York, semalam.
[FOTO AFP] Orang ramai keluar ke jalan raya selepas kejadian letupan di kawasan sesak dengan penduduk di 23rd Street, New York, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia