Berita Harian

AS silap serang askar Syria

62tentera rejim maut dalam4 serangan jet F-16, A-10 dari Iraq

-

Pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) mengakui ia mungkin tersilap menyerang kedudukan tentera Syria kelmarin yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 62 askar ketika Russia menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membincang­kan isu itu.

Serangan itu berlaku bersama ketegangan diplomatik memuncak antara Moscow dan Washington, kurang seminggu gencatan senjata rapuh menyasar menghentik­an pertumpaha­n darah dalam perang saudara lima tahun di Syria.

Pihak berkuasa AS berkata, pakatan diketuai negaranya yang menentang militan Daesh mungkin terkena kedudukan tentera Syria.

“Tentera pakatan percaya mereka menyerang kedudukan pertempura­n Daesh. Serangan udara pakatan dihentikan serta merta apabila pihak berkuasa dimaklumka­n pegawai Russia, kakitangan dan kenderaan disasarkan milik tentera Syria,” kata kenyataan Pentagon.

Washington berkata, ia menyiasat insiden itu namun menolak gesaan Moscow untuk satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n dan menganggap­nya satu ‘pertunjuka­n.’

Luah rasa kesal

“Jika kami tahu kami sebenarnya menyerang kedudukan tentera Syria, ia bukan niat kami. Sudah pasti kami kesal dengan kehilangan nyawa,” kata Duta AS ke PBB Samantha Power kepada media.

Sementara itu di Moscow, Kementeria­n Luar Russia berkata semalam, serangan udara AS ke atas tentera Syria menggugat pelaksanaa­n pelan gencatan senjata di negara itu, menggesa Washington melakukan siasatan menyeluruh.

Kementeria­n Pertahanan Russia berkata kelmarin, jet pejuang AS membunuh lebih 60 askar Syria dalam empat serangan udara oleh dua jet F-16 dan dua jet A-10s dari Iraq.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memetik sumber tentera di Lapangan Terbang Deir al-zor sebagai berkata, sekurang-kurangnya 90 askar Syria terkorban. Matlamat utama perjanjian gencatan itu ialah penghantar­an bantuan ke kawasan termasuk Aleppo, di mana 250,000 orang tinggal dalam kepungan kerajaan. Namun 40 trak membawa bantuan makanan masih terkandas di sempadan Turki kelmarin.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Pakatan diketuai AS mengakui ia mungkin tersilap menyerang kedudukan tentera Syria, di Deir al-zor kelmarin.
[FOTO AGENSI] Pakatan diketuai AS mengakui ia mungkin tersilap menyerang kedudukan tentera Syria, di Deir al-zor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia