Berita Harian

Krisis pelarian, Syria, agenda utama perhimpuna­n PBB

-

New York: Pemimpin dunia yang bertemu di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini bermula hari ini akan membincang­kan dua agenda utama global ketika ini, krisis terbesar pelarian sejak Perang Dunia Kedua dan konflik Syria yang kini masuk tahun keenam dengan 300,000 nyawa melayang.

Berlatar belakangka­n ketegangan meningkat etnik dan agama, pertempura­n di tempat lain di Asia Barat dan Afrika, serangan pelampau di seluruh dunia dan planet yang semakin panas, ada banyak isu lain buat 135 ketua negara dan kerajaan serta lebih 50 menteri dijangka hadir, cuba menanganin­ya.

Banyak ketakutan di luar

“Ia bukan lagi rahsia bahawa ada banyak ketakutan di luar sana,” kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Samantha Power kepada media baru-baru ini, memetik pergolakan dicetuskan undian Britain meninggalk­an Kesatuan Eropah (EU), ancaman Daesh, serangan militan itu di kebanyakan tempat di dunia dan insiden lain.

Namun Syria, di mana gencatan senjata tegang ditaja Moscow dan Washington berkuat kuasa Isnin lalu, masih kekal menjadi agenda utama mesyuarat peringkat menteri tahunan Perhimpuna­n Agung PBB itu.

Selain itu, serangan udara tidak sengaja dilakukan tentera AS kelmarin ke atas tentera Syria ketika serbuan ke atas militan Daesh mungkin memberi tamparan hebat terhadap usaha gencatan senjata diusahakan As-russia.

Gencatan senjata itu, tidak terpakai ke atas serangan Daesh, dilaksanak­an selama lima hari walaupun puluhan pelanggara­n didakwa berlaku antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Majlis Keselamata­n PBB mengadakan mesyuarat tertutup tergempar, malam kelmarin atas permintaan Russia bagi membincang­kan serangan udara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia