Berita Harian

Ingolstadt hampir buat Bayern gigit jari

-

Berlin: Bayern Munich melepaskan gol pertama mereka musim ini sebelum bangkit bagi mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ingolstadt di halaman sendiri untuk terus kekal berada di puncak saingan Bundesliga.

Pasukan itu sudah meledak 20 gol tanpa balas dalam lima perlawanan kompetitif pertama termasuk ketika menewaskan Rostov 5-0 dalam aksi Liga Juara-juara, Selasa lalu namun gawang mereka dibolosi seawal minit kelapan perlawanan di Allianz Arena.

Apapun jaringan Robert Lewandowsk­i, Xabi Alonso dan Rafinha kembali meletakkan kedudukan berada di landasan sepatutnya, tatkala perlawanan tidak disertai kapten Philipp Lahm, pertahanan David Alaba dan penyerang Thomas Mueller yang dibelenggu masalah kesihatan termasuk Mats Hummels akibat selsema.

Lewandowsk­i ledak gol ke-11

“Selepas ketiadaan mereka, saya terpaksa mengatur semula barisan empat di belakang,” kata jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti yang turut memuji persembaha­n penjaga golnya, Manuel Nuer.

“Kadangkala, pertahanan kami harus menunjukka­n yang kami juga mempunyai penjaga gol terbaik di dunia. Dia sangat bagus.”

Ingolstadt mengambil kesempatan menjaringk­an gol pada awal permainan selepas menyaksika­n Bayern kekurangan tonggak utama.

Pemain kebangsaan Australia, Mathew Leckie berjaya melepasi bahagian kiri padang sebelum membuat hantaran kepada penyerang Paraguay, Dario Lezcano yang berjaya menewaskan Manuel Nuer seterusnya menjadikan stadium seakan sepi seketika.

Bagaimanap­un mereka hanya mampu bertahan selama lima minit sebelum pemain kebangsaan Poland, Lewandowsk­i berjaya memerangka­p penjaga gol Ingolstadt, Orjan Nyland untuk merekodkan gol ke-11 dirinya musim ini buat kelab dan juga negara diwakiliny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia