Berita Harian

Leganes gagal sekat pesta gol MSN

Griezmann, Torres pula menyerlah bersama Atletico

-

Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar meledak gol bagi membolehka­n Barcelona berada di landasan kemenangan apabila menewaskan pasukan yang diangkat ke saingan La Liga, Leganes 5-1, kelmarin.

Antoine Griezmann dan Fernando Torres pula masing-masing meledak dua gol bagi membantu Altetico Madrid berganjak ke kedudukan keempat carta dengan menewaskan Sporting Gijon 5-0.

Barca kini berkongsi mata dengan Real Madrid di puncak carta tatkala Atletico bakal berkunjung ke Barcelona, Khamis ini.

“Kami bermula dengan sangat baik. Sekiranya permulaan kami teruk, dengan memikirkan kami hanya perlu menang, sudah tentu kami akan berdepan lebih kesukaran,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique.

Gabungan Messi, Suarez dan Neymar adalah kali kedua musim ini dan seperti ketika menewaskan Celtic 7-0 Selasa lalu, mereka jelas tidak menunjukka­n belas kasihan buat pertahanan kental, Leganes.

Pamer tekanan tinggi

“Daripada satu sudut berlainan, mereka mempamerka­n tekanan tinggi yang jelas tidak menyenangk­an (pasukan), namun daripada sudut lain, ia membawa maksud kami mampu mengambil peluang dengan ruang yang ada,” kata Enrique.

Sementara itu, Atletico yang bakal berkunjung ke ibu kota Calatan pertengaha­n minggu ini, tampil yakin selepas membenam Sporting bagi merekodkan kemenangan pertama mereka di halaman sendiri musim ini.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone yang memendekka­n kontraknya dari tahun 2020 ke 2018 pertengaha­n minggu lalu memuji Griezmann yang membuka tirai jaringan seawal minit kedua perlawanan.

“Bagi saya, dia adalah pemain terbaik di Eropah musim lalu,” kata Simeone mengenai pemainnya itu. “Konsisten hanya akan menjadikan­nya lebih kuat.”

 ??  ??
 ??  ?? Messi (kiri) meraikan kejayaan menyudahka­n sepakan penalti bersama Neymar di Stadium Butarque, kelmarin.
Messi (kiri) meraikan kejayaan menyudahka­n sepakan penalti bersama Neymar di Stadium Butarque, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia