Berita Harian

Gandingan Mahrez, Slimani dapat pujian Ranieri

-

Leicester: Claudio Ranieri percaya dua bintang Algeria, Islam Slimani dan Riyad Mahrez mampu membentuk gandingan berbahaya buat Leicester City selepas kedua-duanya menjadi inspirasi kemenangan 3-0 ke atas Burnley, semalam.

Slimani meledak dua gol pada penampilan sulungnya bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tatkala rakan senegarany­a, Mahrez tampil prestasi serupa ketika dia diundi pemain terbaik Inggeris, musim lalu.

Gandingan itu bekerjasam­a dengan baik bersama penyerang berbisa, Jamie Vardy dan pengurus kelab jolokan The Foxes itu, Ranieri percaya mereka pasti gembira untuk bergabung tenaga di kelab itu.

“Ia baik untuk Slimani dan baik juga untuk semua orang,” kata Ranieri. “Ia persembaha­n yang amat baik darinya, sama seperti rakan sepasukann­ya.

Pintar ketika menyerang

“Dia amat serasi dengan Vardy dan pemain-pemain lain dan dia sentiasa memberikan tekanan tinggi sepanjang perlawanan. Kami membawanya ke sini kerana ciri-ciri seperti ini.

“Riyad juga tampil dengan dua prestasi menakjubka­n, di Brugge pada Liga Juara-juara dan di sini. Jadi saya amat gembira apabila dia bermain dengan taktikal seperti ini kerana dia amat pintar ketika menyerang, bertahan dan bermain di antara dua garisan.

“Sudah tentu dia gembira dengan kehadiran Slimani di sini, namun dia gembira dengan semua orang,” kata Ranieri yang mengakui tidak berfikir untuk melakukan perubahan ketika ini.

Leicester minggu lalu mencatat kemenangan 3-0 ke atas Club Brugge dalam kempen Liga Juara dan satu-satunya pemain yang tidak beraksi di Burnley ialah penjaga gol, Kasper Schmeichel yang mengalami kecederaan.

 ??  ?? Mahrez (kiri) dan Slimani gandingan berbahaya buat The Foxes.
Mahrez (kiri) dan Slimani gandingan berbahaya buat The Foxes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia