Berita Harian

Guardiola tak nak dibuai kelekaan

-

Manchester: Pep Guardiola enggan terlalu terbawa-bawa dengan permulaan cemerlang Manchester City musim ini, sambil menegaskan mengekalka­nnya bukan tugas yang mudah.

Kemenangan 4-0 City ke atas Bournemout­h, semalam adalah yang ketujuh berturut-turut buat kelab itu musim ini sekali gus merekod permulaan terbaik kelab itu dan kekal di puncak Liga Perdana Inggeris.

Begitupun, Guardiola percaya masih ada ruang untuk pembaikan bagi pasukan yang mengharung­i revolusi sejak ketibaanny­a dari Bayern Muncih, musim panas lalu.

“Angka adalah angka. Rekod dicipta untuk orang lain memecahkan­nya,” kata Guardiola. “Apa yang paling penting ialah kami menang perlawanan selepas perlawanan Liga Juara-juara.

“Kami mempunyai masa tiga hari untuk bersedia dan apabila kamu bermain dalam Liga Juara-juara, perlawanan seperti ini amat mendesak. Saya gembira. Kami menang lima perlawanan di Liga Perdana.

“Dalam dunia media sosial, adalah lebih baik untuk bertenang dan tidak banyak membaca dan mendengar. Saya tahu kami akan mengharung­i kekalahan dan apabila itu berlaku, penting untuk kami stabil seperti kami stabil ketika ini.”

Guardiola berkata, saingan musim ini baru saja bermula dan dia sudah banyak kali Pengurus Man Cty memberi amaran betapa susah untuk memenangi gelaran.

“Saya pernah mendengar yang Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah paling sukar jadi saya tidak akan menerima ia ketika ini menjadi sesuatu yang mudah,” kata bekas pengurus Barcelona berusia 45 tahun itu.

Kemenangan City itu mendapat inspirasi daripada Kevin de Bruyne yang meledak gol pembukaan sebelum menjadi penggerak kepada tiga lagi gol menerusi Kelechi Iheanacho, Raheem Sterling dan Ilkay Gundogan.

Selain bintang Barcelona, Lionel Messi yang pernah dilatihnya, Guardiola percaya De Bruyne layak untuk dilabel setaraf pemainpema­in terbaik dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia