Berita Harian

Kesilapan pelarasan punca Zulfahmi gagal

Dia terpaksa berpuashat­i tamatkan perlumbaan Pusingan 10 WSBK di kedudukan ke-22, semalam

- Oleh Sukhairi Thani

Kesilapan pelarasan jentera ketika sesi Superpole kelmarin menjadi antara punca Zulfahmi Khairuddin terpaksa berpuashat­i menamatkan perlumbaan Pusingan 10 Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di kedudukan ke-22, semalam.

Pelumba pasukan Orelac Racing Verdnatura itu ketinggala­n 45.407 saat daripada pemenang dari Turki, Kenan Sofuoglu yang mewakili Kawasaki Puccetti Racing yang mencatat 32 minit 18.677s.

(gambar)

Keputusan berkenaan menjadikan Zulfahmi kekal berada di tangga ke-10 carta Supersport dengan 40 mata tatkala musim 2016 hanya berbaki tiga perlumbaan lagi.

Bermula bagus

“Perlumbaan kali ini, pada Jumaat bermula dengan bagus di mana saya meletakkan diri saya di kedudukan ke-11. Namun apabila sampai ke Superpole, pasukan ada melakukan sedikit kesilapan di mana menggunaka­n pelarasan hujan dalam keadaan litar kering.

“Jadi saya tidak dapat membuat (catatan) pusingan yang bagus kerana suspensi terlalu lembut dan pada perlumbaan hari ini (semalam), memang saya tidak mempunyai kelajuan untuk mengejar kelompok hadapan.

“Saya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-22 yang mana teruk bagi saya kerana kalau dilihat, saya tidak dapat berlumba dengan baik hari ini. Apapun saya akan cuba yang terbaik untuk perlumbaan yang akan datang,” kata Zulfahmi, semalam.

WSBK selepas ini dijadual berlangsun­g di Perancis pada 2 Oktober ini sebelum Pusingan 12 mengambil tempat di Litar Jerez pada 16 Oktober.

Musim 2016 WSBK dijadual menutup tirainya di Litar Losail, Qatar pada 30 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia