Berita Harian

Jonathan mahu rebut slot Sukan SEA Kuala Lumpur

-

Kuala Lumpur: Pelari pecut Sarawak, Jonathan Nyepa yang mewakili negeri itu dalam acara pecut 100 meter (m) dan 200m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia sedar dia perlu melakukan larian lebih pantas kerana saingan tahun ini lebih sengit.

Apatah lagi kejohanan bermula pada 30 September hingga 2 Oktober ini yang berlangsun­g di Stadium Universiti Malaya (UM) turut disertai raja pecut, Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap, selain bakal menjadi medan pemilihan ke temasya dwitahunan, Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Tahun ini saya pasti saingan lebih sengit dalam acara 100m dan 200m, memang akan ada tekanan tapi sebagai seorang atlet ia adalah sesuatu yang bagus. Ia satu cabaran untuk memenangi acara yang disertai.

Layakkefin­al (gambar)

“Sasaran saya adalah untuk layak ke final dan memperbaha­rui catatan peribadi terbaik dalam acara 100m iaitu 10.36s dan 200m (21.34s) yang dilakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-81, Sarawak.

“Saya perlu lakukannya kerana ingin merebut slot ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk kedua-dua acara ini,” katanya yang mewakili negara dalam acara 4x100m ke Sukan SEA Singapura 2015.

Terdahulu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerusi presidenny­a, Datuk Karim Ibrahim berkata Olimpian negara seperti Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi), Zaidatul Husniah Zulkifli (pelari pecut wanita) dijangka mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Bagaimanap­un, jumlah keseluruha­n peserta hanya boleh disahkan selepas tarikh tutup pendaftara­n pada Selasa ini.

Selain Malaysia, negara lain di peringkat Asia yang mengambil bahagian adalah India, Hong Kong, Brunei, Singapura, Kuwait, Vietnam dan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia