Berita Harian

Misbun bimbang kemewahan jejas fokus pemain

-

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek melahirkan kebimbanga­n terhadap pemain sekiranya tidak bijak menguruska­n diri susulan pelbagai insentif yang diterima hasil kejayaan memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016.

Bekas jurulatih perseorang­an itu, berkata pemain sejak dari awal seharusnya sedar mengenai bagaimana untuk menguruska­n semua insentif yang diterima mereka itu dengan betul.

“Mereka perlu ada pakar motivasi untuk ajar perkara ini, sekiranya mereka hanya diajar bagaimana untuk mengembang­kan bakat tanpa ada unsur-unsur pengurusan diri, mereka akan hilang arah tuju," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kem Bakat Badminton Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Wilayah Persekutua­n di sini, semalam.

Misbun, berkata jika pemain tidak fokus, mereka akan hanyut dengan segala kemewahan yang diberikan sekali gus kejayaan yang diraih menjadi sia-sia.

Dibuai kemewahan

"Jika mereka sudah dibuai kemewahan mereka mula memberi barang yang bukan dianggap keperluan lagi, ia adalah sikap untuk menunjuk-nunjuk dan selepas tidak mampu mengawal diri, latihan pun menjadi kurang serius.

"Mereka akan mula memikirkan ada perkara lain lebih penting berbanding latihan. Kita pernah melalui perkara ini. Saya sudah pernah menasihatk­an Datuk Lee Chong Wei dan mengajarny­a sebelum ini, mahu beli kereta apa sekali pun pastikan ia adalah dari duit kemenangan," katanya.

Jelasnya, perkara itu akan menjadi motivasi pemain untuk membelanja­kan wang mereka dengan syarat harus mencatat kemenangan bukannya dari simpanan akaun bank.

Selain Chong Wei, empat lagi pemain badminton negara yang turut menerima pelbagai insentif selepas memenangi perak di Rio ialah beregu lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-goh Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia