Berita Harian

‘Lahirkan seorang lagi Chong Wei’

Misbun cabar Hendrawan dan saran BAM patut jadikan sasaran sebagai KPI jurulatih Indonesia itu

- Oleh Helmi Talkah

Datuk Misbun Sidek melontarka­n cabaran kepada jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan untuk melahirkan seorang lagi pemain nombor satu dunia selepas Datuk Lee Chong Wei.

Bekas jurulatih perseorang­an negara itu, berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seharusnya menjadikan perkara berkenaan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Hendrawan berbanding terus mengharapk­an sentuhan jurulatih dari Indonesia itu untuk membimbing Chong Wei.

“Ketika saya tinggalkan Chong Wei dulu, dia memang sudah pemain nombor satu dunia. Jurulatih mana sekalipun yang melatih dia selepas itu, dia tetap di kedudukan itu juga.

“Itu adalah rezeki Hendrawan apabila BAM menyambung kontraknya tetapi sepatutnya BAM memberikan dia kelompok pemain yang lain untuk dijadikan pemain bertaraf dunia.

Buktikan dia berkaliber

“Hendrawan perlu bekerja untuk melahirkan seorang lagi Chong Wei dan pastikan mereka menjadi pencabar utama pingat emas Olimpik.

“Saya faham, menjadi pemain seperti Chong Wei, dia pastinya memerlukan jurulatih terbaik bagi membantu dia. Namun, jika Hendrawan mahu membuktika­n dia jurulatih yang berkaliber, dia perlu melahirkan pemain lain seperti Chong Wei,” kata Misbun ketika ditemui selepas majlis penutup Kem Bakat Badminton Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Wilayah Persekutua­n di sini, semalam.

Hadir merasmikan majlis penutup itu ialah Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Misbun yang meletak jawatan pada Disember 2010 adalah watak penting membawa Chong Wei bergelar pemain nombor satu dunia dan memenangi perak Olimpik Beijing 2008 diminta mengulas mengenai keputusan BAM menyambung kontrak Hendrawan.

BH Sukan, semalam melaporkan BAM bersetuju untuk menyambung kontrak Hendrawan yang tamat hujung tahun ini untuk tempoh dua tahun lagi.

Mengulas lanjut, Misbun turut mempersoal­kan hasil air tangan Hendrawan yang diberi tugas melatih skuad pelapis kebangsaan ketika mula berkhidmat dengan BAM pada 2009.

“Hendrawan dulu ada program dia sendiri tetapi mana budakbudak (pemain) itu semua? Sebab itu, saya katakan dia perlu terus bekerja untuk melahirkan pemain Malaysia yang sama seperti Chong Wei. Chong Wei bukan lagi keutamaan kerana dia sudah melakukan yang terbaik sepanjang menjadi pemain, tanpa jurulatih pun boleh menang,” kata Misbun.

 ??  ?? Chong Wei (kiri) berpasanga­n dengan Hendrawan ketika sesi latihan.
Chong Wei (kiri) berpasanga­n dengan Hendrawan ketika sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia