Berita Harian

Nazirul Naim akhiri zaman bujang

- Oleh Azizan Hashim

Kuala Lumpur: Pemain bola sepak Perak, Nazirul Naim Che Hashim menamatkan zaman bujangnya apabila bernikah dengan wanita pilihan hati, Norwahila Ali Tarmizi.

Pasangan itu dinikahkan di rumah pengantin perempuan di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 (KDAS 2) di Ipoh, selepas solat Jumaat.

Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan kelmarin manakala kenduri pihak lelaki diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar, semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan rakan sepasukan pemain itu.

Norwahila ketika ditemui bersyukur kerana majlis perkahwina­nnya bersama Nazirul berjalan dengan lancar dan dihadiri ramai kenalan selain saudara mara.

Suri rumah sepenuh masa

Bekas petugas dengan syarikat penerbanga­n Firefly di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) itu berkata dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pasangan itu berkenalan melalui abang Nazirul, Abdul Rahim yang juga seorang jurufoto terkenal di daerah ini.

"Kami berkenalan setahun lalu dan akhirnya bersetuju untuk menjadi suami isteri. Kami bertunang pada bulan April lalu dan menetapkan tarikh perkahwina­n pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia," katanya.

Sementara itu, Nazirul menerima hakikat dia kini bergelar suami dan bertekad menjalanka­n tanggungja­wab sebagai suami mithali.

"Dengan selesainya semua urusan perkahwina­n ini, saya dapat menumpukan sepenuh tumpuan terhadap tugasan bersama pasukan," kata pemain itu.

Perak masih mempunyai baki dua perlawanan Liga Super iaitu menentang Selangor pada 24 September ini, diikuti pertemuan dengan Kelantan. Kedua-dua perlawanan di gelanggang lawan.

 ??  ?? Nazirul dan pasanganny­a, Norwahila Ali Tarmizi.
Nazirul dan pasanganny­a, Norwahila Ali Tarmizi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia