Berita Harian

THT juara hatrik MHL-TNB 2016

Sapura tundukkan Maybank muncul naib juara

- Oleh Faizul Azlan Razak

Pasukan Hoki Terengganu (THT) tidak berdepan masalah apabila mudah menundukka­n Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 sekali gus mencipta hatrik kejuaraan Liga Premier Hoki Malaysia (MHL)-TNB 2016 di Stadium Hoki Batu Buruk, semalam.

Sebaik permainan bermula, THT melancarka­n gerakan ke kubu pelawat untuk memburu gol awal, namun gagal menghasilk­an jaringan.

Pada minit keempat, pemain THT, Ismail Abu memiliki peluang terhidang, namun percubaann­ya mudah dihalang penjaga gawang TNB, S Kumar.

Bagaimanap­un, tuan rumah dihadiahka­n pukulan penalti dan kapten THT, Mohd Fitri Saari mudah menewaskan bekas penjaga gol kebangsaan untuk gol pembukaan.

Pasukan TNB yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Muhammad Amin Rahim berpeluang menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti, namun gagal disudahkan Muhammad Shahril Saabah.

THT menambah gol kedua menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil hasil gol padang minit ke-18.

Gerakan pantas Faizal Saari sebelum membuat lorongan membolehka­n Ismail Abu meledak gol ketiga juga menerusi gol padang minit 31.

TNB tidak mahu mengalah dan usaha mereka berjaya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan padang Muhammad Ramadan Rosli seminit selepas itu.

Keluar padang

Pada aksi suku keempat, TNB terpaksa beraksi tanpa Luqman Nur Hakim Ahmad Shukran selepas diperintah keluar padang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.

Sementara itu, pada satu lagi aksi di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur petang semalam, Sapura menundukka­n Maybank 2-1 sekali gus muncul naib juara MHL-TNB musim ini.

Gol pembukaan dicipta Sapura seawal minit pertama oleh Gurbaj Singh menerusi gol padang.

Bagaimanap­un, kealpaan pertahanan Sapura memberikan kelebihan buat Maybank apabila berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1 menerusi pukulan sudut penalti, Juan Valeriano.

Apapun anak buah Yahya Atan kembali mengasak untuk memastikan kemenangan milik Sapura apabila Phillip Ross Burrows meledak gol kedua melalui pukulan sudut penalti, sekali gus mengekalka­n keputusan 2-1 hingga wisel penamat.

Kemenangan tipis itu membolehka­n Sapura bergelar naib juara selepas berbekalka­n 21 mata dalam 10 perlawanan, ketinggala­n satu mata di belakang juara, THT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia